Seni & Sukan 26 Apr, 2020

DIDIK TENTANG COVID-19: LA LIGA PILIH SI JUKI!!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Pengembaraan watak komik popular “Si Juki” Indonesia dirakamkan dalam buku komik terbaharu berjudul "Si Juki Jelajah Spanyol bersama La Liga" atau (Si Juki exploring Spain with La Liga). Ia bermula apabila secara tiba-tiba buat pertama kali apabila Babeh Mamat (bapa Si Juki)  berjaya menjawab soalan kuiz di telefonnya. : KitaReporters

Buku komik terbaharu "Si Juki Jelajah Spanyol bersama LaLiga"oleh Faza Meonk.


https://youtu.be/MhyWX9uRB2w


Ekoran daripada itu, Si Juki kini telah berjaya menjejak kakinya di Sepanyol, melawat ibu pejabat kelab bola sepak Sepanyol Real Betis dan Real Sociedad dan merasa makanan tempatan bocadillo de calamares (sandwic sotong). 

Komik tersebut mulai dijual di kedai-kedai buku di seluruh Indonesia dan juga boleh diperolehinya dalam versi digital di Google Play sejak Mac 2020.

Komik terbaru “Si Juki” ini adalah kerjasama antara Liga bola sepak Sepanyol La Liga dan penulisnya sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk peminat-peminat bola sepak Sepanyol di Indonesia terutama semasa COVID-19

Liga ini membuka mata kepada para peminat antarabangsa, termasuk  di Indonesia, berikutan kejayaannya dalam menganjurkan pelbagai acara maya di Sepanyol semasa wabak pandemik ini, termasuk konsert muzik dalam talian (online) La Liga Santander Fest  yang berjaya mengutip hasil lebih 1,000,000 Euro (AS$1.09 juta).

La Liga berkata kerjasama dengan si Juki adalah alat yang baik untuk berinteraksi dengan peminat-peminat di Indonesia, terutama sejak La Liga telah ditangguhkan akibat penyebaran coronavirus.

Si Juki melawat ibu pejabat kelab bola sepak Sepanyol Real Betis dan Real Sociedad, Sepanyol.


"Si Juki dipilih kerana ia terkenal, mencipta kandungan yang menarik dan mempunyai keghairahan yang sama seperti kami. Melalui komik, pembaca boleh memahami lebih lanjut La Liga, pasukan, budaya dan gastronomi," kata Rodrigo Gallego, wakil La Liga Global Network Indonesia baru-baru ini.

La Liga  juga mempertimbangkan untuk menterjemahkan buku komik tersebut ke dalam Bahasa Inggeris agar dapat menemui pembaca-pembaca lain dengan lebih luas.

"Kami berfikir untuk mempunyai separuh versi komik dalam bahasa Inggeris dan mungkin dalam bahasa Sepanyol," tambah Gallego lagi. 

"Adalah sentiasa penting untuk memastikan inovasi. Ia menarik untuk mewujudkan projek ini kerana ia memberi kita perspektif yang berbeza. 

"Kami akan terus berusaha untuk berinovasi melalui cawangan baharu nanti," ujar beliau.

Bermula sebagai jalur komik di Facebook sejak sembilan tahun yang lalu, si Juki telah muncul dalam buku komik, barangan, mainan, siri animasi YouTube, aplikasi permainan mudah alih dan filem animasi.




Penulis komik Faza Ibnu Ubaidillah Salman, atau dikenali Faza Meonk, berkata beliau tidak menemui sebarang masalah dalam mewujudkan buku komik baharu. 

Pada tahun 2018, Faza terbang ke Sepanyol selama dua minggu untuk menjalankan penyelidikan untuk pengembaraan si Juki di tanah matadors.

"Di dalam komik itu,saya meletakkan watak baharu yang dipanggil Hugo bagi membantu Juki semasa dia berada di Sepanyol," katanya. 

Semasa lawatan penyelidikan itu, Faza berkata beliau agak kagum dengan budaya bola sepak di Sepanyol, kerana kemudahan bola sepak yang baik boleh didapati dengan mudah di seluruh negara.

Beliau juga teringat pengalamannya melihat orang Sepanyol begitu cinta bola sepak, termasuk apabila perlawanan bola sepak baru bermula, banyak keluarga yang berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

Kerjasama antara La Liga dan si Juki juga merupakan sebahagian daripada usaha La Liga untuk menggalakkan peminat bola sepak untuk tinggal di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial semasa musim pandemik ini.

Gallego berkata, organisasinya akan memberikan komitmen sosial di Indonesia melalui kerjasama berterusan dengan BOLA (sebuah organisasi tanpa untung) bersama Yayasan kampus Diakoneia moden (KDM) bagi meningkatkan kesedaran tentang nilai bola sepak dan menggalakkan kesaksamaan bagi kanak-kanak yang terpinggir di Indonesia.

Pengarah Urusan La Liga untuk Asia Tenggara, Jepun, Korea Selatan dan Australia, Ivan Codina berkata, mereka sentiasa bekerja rapat dengan rakan penyiaran khususnya dalam isu hak pengedaran siaran terbitan televisyen yang melibatkan perniagaan utama mereka. - KitaReporters

Kredit foto: The Jakarta Post

2
0
0
0
0
You will be interested