Seni & Sukan 04 Jun, 2022

Video| Pagar makan padi! Isteri berkhalwat dengan ketua kampung! Suami cari rezeki di perantauan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


DALAM kepenatan mencari rezeki di perantauan demi isteri dan anak-anak, tiba-tiba betapa hancur hati suami apabila mendapat khabar isteri tersayang ditangkap khalwat bersama ketua desa (kades) atau ketua kampung Desa Pulutan, Kecamatan Penawangan, Grobogan, Jawa Tengah pada 29 Mei 2022 lalu.

Perselingkuhan ketua kampung terbabit yang bernama Darto, 55, dengan seorang wanita bernama, Indah, 27, yang juga merupakan isteri kepada lelaki tersebut tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku kerana suaminya yang bernama Ahmad Husaeri sedang bekerja di Palembang, Sumatera Selatan.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan berselingkuh

DARTO dan Indah ditahan di balai polis selepas mereka ditangkap khalwat di Desa Pulutan, Grobogan, Jawa Tengah. - Kredit foto: Sindonews.com


Kedua-dua pelaku terbabit ditangkap berselingkuh oleh warga pada pukul 11.30 malam di rumah Indah di Desa Pulutan, Kecamatan Penawangan itu sebelum mereka diarak beramai-ramai oleh penduduk kampung untuk dibawa pasangan selingkuh itu ke rumah ketua Rukun Tertangga (RT) sebelum dilaporkan pada pihak polis.

Warga berbuat demikian kerana mereka marah kepada Darto selaku seorang pemimpin masyarakat yang tidak sepatutnya melakukan perbuatan maksiat dengan isteri orang dan Indah pula seharusnya jujur pada suaminya yang kini sedang mencari nafkah di negeri orang.



Bagi Ahmad Husaeri peristiwa itu amat menyedihkan dirinya kerana sehari sebelum isterinya ditangkap akibat melakukan perbuatan terkutuk itu, dia ada mengirim wang sejumlah Rp1.8 juta (kira-kira RM550) untuk perbelanjaan Indah serta dua orang anaknya. 

‘’Saya mengirim wang sebagai seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak saya bagi kebutuhan (keperluan) mereka di kampung,’’ katanya.


BEBERAPA warga bersama Ahmad Husaeri membuat laporan polis di balai polis Grobogan.


Portal Sindonews.com pada 2 Jun 2022 dipetik melaporkan sebelum tangkapan khalwat pada malam tersebut, warga selalu melihat Darto kerap datang ke rumah Indah pada waktu malam. 

Namun, warga bersimpati dengan nasib Ahmad Husaeri akibat perbuatan curang isterinya selalu berselingkuh dengan Darto maka warga bermuafakat bagi menangkap kedua-dua pelaku tersebut untuk dibawa ke pengadilan.

Bak kata perpatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah dan begitu juga nasib Darto yang teramat malang pada malam kejadian tersebut kerana tingkah lakunya serta gerak-gerinya sudah diperhatikan dari awal lagi oleh warga.


AHMAD Husaeri menunjukkan laporan polis mengenai isterinya berselingkuh dgn ketua kampung. - Kradit foto: Sindonews.com


Sebelum sampai rumah Indah, Darto berjalan kaki sambil mengendap-gendap bimbang warga ternampak dirinya dan motosikalnya ditinggalkan agak jauh dari rumah Indah.

Kira-kira sejam kemudian, warga menyerbu serta menangkap ketua kampung itu bersama Indah dan kemudian pasangan selingkuh diarak pada malam itu ke rumah ketua RT.

Ahmad Husaeri ketika itu sedang berada di Palembang, pulang tergesa-gesa ke kampungnya untuk membuat laporan polis tentang kejadian isterinya ditangkap khalwat bersama kades itu di balai polis Grobogan.

Berikutan dengan kejadian itu, Ahmad Husaeri dan keluarganya berharap pihak pengadilan dapat menjalankan hukuman yang tegas dan seadil-adilnya terhadap kedua-dua pelaku tersebut.

‘’Saya rasanya tidak sabar-sabar lagi  ingin melihat Indah dan Darto dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang memalukan masyarakat,’’ kata Ahmad Husaeri. - KitaReporters


WARGA desa berkumpul di luar balai polis Grobogan selepas Indah dan kades ditangkap khalwat. - Kredit foto: Sindonews.com

11
14
1
9
1
You will be interested