Seni & Sukan 27 May, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih UOB Malaysia! Ceriakan raya bagi anak-anak kurang bernasib baik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



BERSEMPENA dengan perayaan Aidilfitri, UOB Malaysia sebagai anggota Keluarga Malaysia telah menyumbangkan beberapa komputer riba bagi membangkitkan semangat pembelajaran secara digital dalam kalangan anak-anak kurang bernasib baik daripada lapisan masyarakat di mana tahap sosioekonominya mencabar. 

Komputer-komputer riba tersebut telah disumbangkan kepada Rumah Titian Kaseh dan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri di Kuala Lumpur di bawah Program UOB My Digital Space

UOB My Digital Space adalah suatu program pendidikan serantau tahunan yang dibangunkan bagi tujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan para pelajar yang kurang bernasib baik di seluruh rantau ini dan juga membuka peluang mereka mengalami dunia pembelajaran secara digital


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan komputer riba

Mohd Fhauzi Muridan (tengah) menyerahkan komputer riba kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Turut kelihatan, Siti Narini Mohamad Idris (empat dari kanan) dan Aida Aris (tiga dari kiri) dari Seri Puteri.


Mohd Fhauzi Muridan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Islam, UOB Malaysia, dalam satu kenyataan media pada 26 Mei 2022 berkata, “Walaupun perayaan Aidilfitri adalah masa untuk kita bergembira, ia juga memberi peringatan untuk kita menunaikan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan. 

"Anak-anak yang kurang  bernasib baik kebanyakannya tidak mempunyai akses kepada peranti digital seperti komputer riba untuk  membolehkan mereka meraih peluang pembelajaran yang lebih meluas. 

"Melalui sumbangan ini, kami  berharap dapat menyediakan anak-anak ini dengan kaedah yang diperlukan untuk meneruskan  pembelajaran di samping memperolehi set kemahiran baharu bagi membantu mereka mencorak masa  depan yang lebih cerah.” 

Pihak bank juga telah menyumbangkan barangan lain termasuk set alat seni lukis kanak-kanak, set penyedut minuman mesra alam, tabung duit syiling berbentuk beruang teddy berserta duit raya kepada  Rumah Titian Kaseh, bagi menyokong inisiatif pengantaraan berasaskan nilai (atau value-based intermediaton) oleh Bank Negara Malaysia. 

Ia bagi menggalakkan usaha institusi-institusi kewangan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat di mana mereka berkhidmat. 

Di samping itu, kelas  elik kewangan telah diadakan di rumah tersebut bagi menyemai kesedaran kewangan dalam kalangan  golongan muda. 



Sharifah Adlan, Pengasas Rumah Titian Kaseh, dalam kenyataan media yang sama berkata, “Kami bersyukur melihat organisasi  seperti UOB Malaysia hadir bagi menyokong keperluan pendidikan anak-anak dan amat menghargai usaha mereka untuk menyemai tabiat kewangan yang baik di kalangan mereka. 

"Dengan bantuan ini,  anak-anak jagaan kami akan berpeluang untuk terus maju dalam pembelajaran dan perkembangan  mereka, bagi menyokong fokus kami dalam menyediakan keperluan asas mereka.” - KitaReporters


9
9
0
13
0
You will be interested