Seni & Sukan 09 Mar, 2022

Video| Pelukan gembira Pelukan Angkasa jadi pelukan kompaun! SOG, Shila Amzah, TV3 dikompaun RM7k!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

GEMBIRA kerana dijulang menjuarai AJL36 melalui lagu ‘Pelukan Angkasa’, membuatkan kumpulan SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Shila Amzah berpelukan secara spontan di atas pentas, sekali gus menjadi 'pelukan kompaun'.

Perbuatan mereka itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Perlakuan gembira tanpa dikawal itu dapat dilihat dalam siaran langsung AJL36 dari Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur Ahad, 6 Mac 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan muzik indie




Dan sejumlah media memaparnya dalam portal merek serta Internet dan menjadi berita panas dalam laman sosial.

Ini membuat Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi, Kuala Lumpur diarah untuk menjalankan siasatan lanjut. Mereka menonton semula gambar dan tayangan video yang disiarkan sebuah portal.

Akibatnya tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

"Kompaun sebanyak RM1,000 telah dikeluarkan kepada setiap seorang termasuk penganjur mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021," kata Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof, dalam satu kenyataan media pada Selasa, 8 Mac 2021.

Naazron memaklumkan kesemua individu yang terlibat telah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan ketidakpatuhan SOP PPN Fasa 4 iaitu tidak mengamalkan penjarakan fizikal.


Pelukan gembira jadi pelukan undang kompaun bagi SOG dan Shila Amzah.

Pihak TV3 sebelum ini menyatakan cukup menjaga SOP dengan memastikan setiap petugas dan artis perlu menjalani ujian bebas Covid-19, sentiasa memakai penutup muka dan menjaga jarak. Jumlah penonton dihad kepada cuma 200 orang tidak termasuk peserta dan petugas.

Kesilapan yang dilakukan cuma segelintir pihak dianggap seperti kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Ia boleh menjejas penganjuran acara pihak-pihak lain.

Kejadian ini boleh juga menjejaskan peluang kepada pihak TV3 untuk menganjurkan majlis melibatkan banyak artis pada masa akan datang.

Ia juga boleh menjejaskan stesen TV lain dan penganjur lain untuk mengadakan kegiatan hiburan ketika kerajaan sudah melonggarkan SOP ketat sebelum ini.

SOG merupakan kumpulan muzik indie atau underground pertama menjuarai AJL yang bakal membuka peluang lebih kumpulan indie bergerak lebih luas di negara ini. - KitaReporters



5
12
0
12
0
You will be interested