Gaya Hidup 19 Jul, 2020

Search hasilkan piring hitam! Beli album Katharsis The Vinyl

@editor satu
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this
KATHARSIS, album studio ke-12 band rock legenda tanah air, Search kini diabadikan dalam format piring hitam atau vinyl‘Katharsis The Vinyl’ akan mula dipasarkan pada 28 Julai 2020 ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian. Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia. : KitaReporters


Album terbitan Datuk M Nasir yang mula dipasarkan pada 2017 ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search, sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi ‘sound’ dan persembahan Search.

Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep urban ethnic oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik.
Kenapa vinyl Katharsis ini wajib dimiliki peminat tegar Search?


Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar
berkata, ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac 2020 lalu
“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi ‘collector’ vinyl tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai,” katanya. 
Menurut Ahmad Zaharul, vinyl ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini
“Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi,” katanya.


Proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018. 

Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay. 

“Proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl. 

"Di situlah semua piring hitam, sampul, poster dan ‘booklet’ Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia,” katanya. - KitaReporters


4
0
0
1
0
You will be interested

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

Normala Samsudin luahkan rasa sedih dan kecewa apabila segelintir netizen kecamnya kerana tinggalkan ibunya bersendirian di kampung kerana itu pilihan emaknya

Video| Shuib tolak lamaran DSV! Tak sesuai! Baru kenali seseorang diperkenal ibunya! Orang biasa!

Shuib kata dirinya tiada hati untuk berkahwin dengan DSV. Baru kenali seseorang yang diperkenal ibunya. Dia adalah orang biasa bukan artis atau ahli perniagaan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| HQ baharu FAM! RM33 juta di Putrajaya! Realisasikan aspirasi Almarhum Sultan Ahmad Shah!

Ibu pejabat baharu FAM bernilai RM33j di Presint 5, Putrajaya bakal dinamakan Kompleks Sultan Ahmad Shah atas ilham Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Baim Wong buka lagi restoran! Untuk beri makanan percuma! Restoran Silahkan Makan Gratis!

Pelakon sinetron, Baim Wong sediakan makanan secara percuma kepada pengemudi ojek online (ojol) dan anak-anak kecil, orang lanjut usia, orang yang cacat fizikal
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

Sebagai salah satu usaha CSR, MBSB Bank cawangan Kangar tampil sampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat
Nur Sabrina Samsudin in Gaya Hidup 2 days ago