Seni & Sukan 14 Jul, 2020

Pedofilia: Kongsi foto anak seksi! Sharifah Sakinah ditegur!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PELAKON Sharifah Sakinah baru-baru ini mengakui rumah tangganya bersama bekas suami Aliff Adha telah runtuh sejak Mei 2020 lalu. Dia dan bekas suaminya yang merupakan juruterbang tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mac 2020. Namun, nama Sakinah kembali meledak dalam kalangan netizen bukan sahaja disebabkan isu penceraiannya, tetapi gelagatnya yang didakwa oleh netizen sebagai makin menjadi-jadi. : KitaReporters

Sakinah bersama anak perempuannya.


Menurut netizen, Sakinah dilihat semakin seksi, tidak sesuai dengan statusnya sebagai wanita Muslim dan juga ibu kepada seorang anak.

Jika dilihat daripada perkongsiannya dalam media sosial terutama Instagram, Sakinah dilihat tanpa segan-silu mempamerkan pemakaian yang terlalu seksi.

Gelagatnya itu membuatkan netizen mula ‘panas hati’ kerana berpendapat ia tidak sesuai untuk tontonan umum.

Berkongsi gambar kanak-kanak dalam pakaian yang mencolok mata boleh mengundang jenayah pedofilia.


Terbaharu, Sakinah berkongsi gambar dia dan anak serta anak-anak saudaranya yang sedang berkelah di halaman rumah dipercayai rumah kakaknya, yang juga pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira.

Bukannya dia sahaja dalam keadaan seksi tetapi anak serta anak-anak saudaranya. 

Salah seorang netizen menzahirkan rasa bimbang melihat gambar tersebut yang mungkin disalah guna oleh golongan pedofil.

“Tak kisah kalau kamu nak pakai seksi tapi saya risau pasal keselamatan kanak-kanak di dalam gambar ini. 

"Mereka terdedah dengan pedo (pedofil). Saya tahu kamu juga tahu pedo akan sentiasa ada di mana-mana terutama di dalam media sosial ketika ini. Take precaution.

“Tidakkah anda takut jika gambar ini digunakan sebagai bahan mastubate pedo? Minta maaf jika keterlaluan. Tapi ini peringatan untuk semua juga. Terima kasih,” tegur netizen tersebut.


Sementara itu, netizen lain turut mengecam Sakinah yang dilihat semakin seksi.

“Makin menjadi-jadi kau Kina! Dulu kutuk-kutuk Fathia Latiff, rasanya kau ni pun ada mental disorder juga,” tulis netizen yang geram dengan perangai Sakinah.

Tidak cukup dengan itu, ada beberapa orang lagi netizen yang cuba menasihati dan menyedarkan bahawa apa yang ditayangkan Sakinah dalam media sosial adalah aurat seorang wanita.

“Aurat wanita itu seluruh anggotanya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, kenapa suka sangat tayang tubuh dekat orang yang tak patut tengok. 

"Bukan apalah, dekat akhirat nanti, golongan yang paling ramai dalam neraka adalah perempuan yang tak menutup aurat.

“Bukan aku cakap tahu, Nabi Muhammad yang cakap. 

"Kenapa nak jadi murah sangat. Kalau macam tu penat je Nabi berusaha nak tinggikan martabat seorang wanita. Fikir-fikirlah. 

"Aku tegur bukan sebab aku dah sempurna ke apa tapi ia satu kewajipan. Lagipun kita tak naklah agama lain pandang yang Islam ni sama macam mereka juga,” ujar netizen.


Mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan oleh netizen-netizen itu. 

Sebagai figura umum, sepatutnya Sakinah lebih sensitif dan tidak menunjukkan contoh yang tidak baik.

Malah, berkongsi gambar kanak-kanak berpakaian seksi juga boleh mengundang jenayah golongan pedofil. - KitaReporters 

1
1
0
1
0
You will be interested