Gaya Hidup 29 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Yayasan Al Khalifah dan CIMB Islamic Bank! Laksanakan kerja kebajikan, amal!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Ketua Serantau, Perbankan Borong, CIMB Islamic Bank, Mohd Ekmal Mohd Zazi (kiri) melakukan gimik penyerahan sumbangan wang zakat kepada Penasihat 1 PJMM, Azman Rasman sambil diperhatikan oleh Penasihat 2 PJMM, Mohiadin Bahado dan Pengerusi Yayasan Al Khalifah, Datuk Dr Abdul Razak Kechik pada 27 April 2022.


PERKONGSIAN Yayasan Al Khalifah dengan CIMB Islamic Bank berjaya melaksanakan program kebajikan dan kerja amal bagi membantu keluarga miskin, asnaf, rumah anak yatim dan Orang Asal di seluruh negara sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Razak Kechik, berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yayasan sentiasa komited dalam menyelaras dan melaksanakan program kebajikan serta kerja amal itu sebagai memenuhi amanah dan tanggungjawab sosial khusus CIMB Islamic Bank

Menurutnya, yayasan akan menyusunkan program itu sebaik mungkin terutama bagi memastikan supaya yang terbabit menerima manfaat atau infak disediakan bagi membantu meringankan bebanan urusan kehidupan mereka seperti keluarga miskin dan asnaf.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerja-kerja amal

Mohd Ekmal menyerahkan sumbangan wang zakat kepada warga emas di PJMM sambil diperhatikan Azman (kanan) dan Abdul Razak (dua dari kiri).


“Daripada program yang disusun begitu rapi yayasan sudah menyalurkan bantuan kepada 80 rumah anak yatim seluruh negara dalam usaha membantu urus tadbirnya terutama bagi memastikan anak yatim yang berlindung di situ dijaga kebajikan mereka.

“Setiap program dianjurkan ini akan disediakan laporan lengkap setiap tahun untuk dipanjang kepada pihak terbabit sebagai memaklumkan bantuan disalurkan itu digunakan pada landasan yang betul serta memberi manfaat kepada penerima infak,” katanya ketika berucap pada Program Harapan Ramadan CIMB Islamic dan majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat CIMB Islamic Bank di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor pada 27 April 2022. 

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Serantau, Perbankan Borong, CIMB Islamic Bank, Mohd Ekmal Mohd Zazi; Penasihat 1 dan 2 PJMM, Azman Rasman serta Mohiadin Bahado; dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Maghfirah yang menginfak naskhah al-Quran untuk pusat jagaan itu.


Ahli Jawatankuasa Yayasan Maghfirah (kanan) melakukan gimik penyerahan sumbangan naskhah al-Quran kepada Azman untuk penghuni PJMM sambil diperhatikan Mohiadin, Mohd Ekmal dan Abdul Razak.


Abdul Razak berkata, dia sendiri mungkin terlepas pandang mengenai kewujudan pusat jagaan warga emas terutama menjaga serta mengurus mereka yang sudah uzur tiada waris tanpa dikenakan sebarang bayaran perlu diberi perhatian serupa untuk menerima bantuan.

Menurutnya, daripada pengalaman beliau sendiri untuk menjaga serta mengurus warga emas yang sudah uzur terlantar di atas katil serta dibebani dengan pelbagai penyakit bukanlah suatu perkara mudah berbanding mentadbir rumah anak yatim.

“Selain membabitkan kos pengurusan yang tinggi apabila terpaksa membawa warga emas terbabit mendapatkan rawatan di hospital dan sebagainya merupakan cabaran serta dugaan yang besar kepada petugas apabila terpaksa menyantuni dengan baik pelbagai karenah mereka itu,” katanya. 


Mohiadin (kiri) menerangkan mengenai buku Terkulai Di Senja Hari yang diterbitkan bagi dijual untuk mencari dana kepada Mohd Ekmal dan Abdul Razak.


Mohd Ekmal berkata, Yayasan Al Khalifah sudah sekian lama bertindak sebagai pemudah cara kepada CIMB Islamic Bank dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kerja amal membabitkan dalam kalangan keluarga miskin, asnaf dan dakwah serta pendidikan agama untuk Orang Asal.

Menurutnya, sebanyak RM150,000 sudah disalurkan kepada yayasan berkenaan untuk meneruskan usaha murni itu di seluruh negara dan bagi memastikan program mencapai matlamat sasaran, mereka boleh bekerjasama dengan cawangan CIMB Islam Bank setiap negeri.

Sementara itu, Azman berkata, dalam tempoh dua tahun pandemik Covid-19 PJMM terpaksa beroperasi dalam serba kekurangan apabila banyak pihak tidak dapat hadir untuk menghulurkan bantuan dan sebagainya.

“Kami tetap mentadbir dan menguruskan dengan baik menyantuni warga emas tersisih yang berlindung di PJMM seperti biasa sebagaimana memenuhi tanggungjawab serta amanah yang dipikul tanpa mengabaikan layanan terhadap mereka,” katanya. - KitaReporters


Abdul Razak dan Mohd Ekmal menyantuni warga emas wanita di PJMM bagi menerima sumbangan wang zakat.

___________________________________

23
9
1
9
0
You will be interested

Indahnya Pengorbanan! TV2 tampilkan 11 program menarik sepanjang 4 hari! Raikan Raya Aidiladha!

Sempena Hari Raya Aidiladha, RTM menerusi saluran TV2 bakal sajikan 11 program terbaik yang bersiaran 4 hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Biadab! Memalukan! Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran!

Tindakan dua lelaki peluk seorang wanita di restoran di Kampung Saujana, Setiu undang kemarahan orang ramai kerana anggap aksi tersebut biadab, amat memalukan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 12 hours ago