Keadaan jambatan lama roboh akibat dirempuh oleh arus deras banjir yang membawa batang-batang balak hanyut.
PENDUDUK kampung berdekatan dengan Kampung Iboi, Kupang di Baling, Kedah yang teruk dilanda oleh banjir kepala air pada jam 5 petang, 4 Julai 2022 lalu bersyukur kerana jambatan Kampung Iboi yang runtuh akibat banjir itu kini sudah siap dibina semula untuk kemudahan penduduk.
Jambatan yang dibina selama dua hari oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) itu siap awal pagi 8 Julai 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jambatan-jambatan
Jambatan baharu Kampung Iboi
Jambatan itu yang roboh akibat dirempuh oleh batang-batang balak yang dihanyutkan oleh banjir kepala air yang melimpahi Sungai Iboi dan air dari Sungai Chelak menyebabkan tergendala kerja-kerja membantu mangsa banjir di kawasan berdekatan.
Pihak JKR mengambil masa dua hari tanpa henti siang dan malam untuk membina kembali jambatan besi merentasi Sungai Iboi untuk memberikan kemudahan laluan pada penduduk terbabit.
Penduduk sekitar yang ditemui KitaReporters melahirkan rasa terharu kerana dalam masa beberapa hari jambatan lama roboh, kini jambatan baharu siap dibina semula.
Mustafa Ahmad
Penduduk Kampong Iboi, Mustafa Ahmad, 47, berkata, dengan siapnya jambatan baharu ini penduduk banyak kemudahan berulang alik ke Kampung Iboi melalui jambatan itu.
Rumah beliau yang juga roboh akibat dilanda banjir kini menumpang di rumah keluarga terdekat sehingga pihak berkuasa membina rumah baharu pada mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat dilanda oleh banjir.
Beberapa penduduk lain juga turut melahirkan rasa bersyukur kerana jambatan yang menjadi nadi pada perhubungan penduduk siap dibina semula. - KitaReportes