Seni & Sukan 23 Jun, 2022

Syabas Taskforce Jihad Dadah IPD Setiu! Kena bergelut untuk berkas penggangur! Bersama 25g dadah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


ANGGOTA Taskforce Jihad Dadah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu terpaksa bergelut dengan seorang penganggur sebelum suspek berjaya ditangkap bersama dadah seberat 25.53 gram di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Bukit Layat, Chalok, Setiu, Terengganu pada petang 22 Jun 2022.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, lelaki yang berusia 36 tahun itu dikatakan bersembunyi di kebun terbabit dan melarikan diri sebaik sahaja anggota polis tiba di lokasi kejadian.

Sebelum itu, suspek cuba melarikan diri ke dalam hutan tetapi tindakannya gagal kerana lelaki itu berjaya ditangkap anggota polis dari unit Taskforce Jihad Dadah IPD Setiu walaupun berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota polis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah dadah

Lelaki berusia 36 tahun ini ditahan dalam jenayah berkaitan pengedaran dadah.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Affandi Hussin berkata berikutan dengan tertangkap suspek itu pihak polis telah merampas sebuah beg silang berzip berwarna hitam dan menemui 18 tiub straw warna hijau berjalur putih dipercayai dadah.

Menurutnya, setiap batang tiub straw itu mengandungi 10 biji pil dadah yang kesemuanya seberat 25.53 gram.

‘’Suspek yang masih bujang mempunyai tiga rekod lampau kes dadah dan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (23 Jun 2022).

‘’Ujian saringan air kencing mendapati suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine,’’ katanya di Setiu, hari ini, Khamis 23 Jun 2022. 

Kes tersebut akan disiasat dibawah Sekysen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Dalam hal ini, Afandi turut menasihat orang ramai terutama golongan remaja supaya menjauhkan diri daripada melakukan jenayah berkaitan dadah yang menyalahi undang-undang.

‘’Pada peringkat awalnya, kita menjangkakan tindakan kita melakukan perkara itu tidak diketahui polis tetapi akhirnya pihak berkuasa dapat menghidu juga perbuatan yang dilarang oleh kerajaan sehingga mereka terbabit dapat ditangkap,’’ katanya. - KitaReporters


9
12
0
6
0
You will be interested