Seni & Sukan 09 Jul, 2022

Berita baik! Pertandingan parodi Mat Kilau tawar RM10k! Kerajaan diminta kurangkan cukai hiburan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


MEMASUKI minggu ketiga sejak mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu, filem bioepik, ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ terbitan Studio Kembara kini sudah mengatasi pesaing utamanya, ‘Munafik 2’ apabila berjaya menperoleh kutipan lebih kurang RM61 juta berbanding RM48 juta yang diraih ‘Munafik 2’ arahan pengarah sama, Syamsul Yusof. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem

Abang Bard, hos Pertandingan Parodi Mat Kilau melalui laman instagram @filem_matkilau.


Masih lagi ditayangkan tidak mustahil angka kutipan akan terus meningkat dan sebagai menghargai sokongan yang diberikan rakyat Malaysia, penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mat Dali mengumumkan penganjuran pertandingan parodi dengan hadiah utama bernilai RM10,000.

Biar betul?

“Betul, betul. Kerana saya menghargai sokongan penonton,” ujar Abdul Rahman ketika ditanya kebenarannya oleh 'Abang Bard'  sebagai hos pada pengumuman Pertandingan Parodi Mat Kilau yang dimuat naik dalam platform instagram  @filem_matkilau.

Selain itu pemenang kedua akan menerima RM5,000 diikuti RM3,000 bagi tempat ketiga manakala 10 orang lagi bakal dihadiahkan wang sagu hati bernilai RM1,000 setiap seorang. Pertandingan parodi yang sudah pun dibuka untuk penyertaan akan berakhir pada 31 Ogos 2022

Nak tahu bagaimana menyertai dan syarat-syaratnya ikuti video  di bawah ini:



Sementara itu, dalam usaha Studio Kembara untuk terus mewarnai dan memajukan industri filem tempatan, Abdul Rahman memberitahu bakal mengadakan kolaborasi dengan beberapa produser di Turki.

“Dalam pertemuan pertama yang telah berlangsung pada Mac (2022) lalu, pihak mereka sangat teruja dan bersedia untuk bekerjasama dengan Studio Kembara. Mereka melihat potensi yang besar di sebelah Nusantara dengan wujudnya filem-filem berkualiti yang mampu menembusi pasaran negara Islam,” jelas Abdul Rahman melalui laman sosial sama.



Berkongsi lanjut, Shahruddin Mat Dali memberitahu, pihaknya akan menyusul lagi dengan penerbit-penerbit Turki selepas pertemuan pertama menyaksikan perkembangan yang posiftif.

Studio Kembara berharap dengan kerjasama dijalin dapat menaikkan kualiti pembikinan filem, melahirkan lebih ramai bakat dalam aspek pengarahan filem termasuk para pelakon yang bagus bagi mengisi pelbagai kandungan atau karya yang akan dihasilkan.

"Kami berdua telah pergi dan mendapati kita ada peluang untuk meningkatkan lagi kualiti pembikinan filem dengan kadar yang lebih efektif,” tambah Shahruddin.


Abdul Rahman (kiri) dan Shahruddin ketika diwawancara oleh Radio IKIM meluahkan isu mengenai cukai hiburan,


Dalam pada itu Abdul Rahman memohon agar Kerajaan membantu industri perfileman dengan mengurangkan kadar cukai hiburan yang kini dikenakan sebanyak 25% ke atas penerbit.

“Di Singapura dan Thailand cukai hiburannya adalah 7% manakala di Indonesia 10%, jadi cukai hiburan di Malaysia antara paling tertinggi di dunia. Paling tidaknya cukai yang dikenakan patut kompetitif,” jelas Abdul Rahman dalam temu ramahnya bersama Radio IKIM baru-baru ini.

Menurutnya untuk menghasilkan sesebuah filem sejarah memerlukan kos tinggi sehingga ramai yang tidak berani untuk menerbitkannya.

“Sekurang-kurangnya dengan cukai hiburan yang kompetiti ia dapat membantu penerbit filem tempatan menghasilkan lebih banyak filem bergenee patriotik,” akhiri Abdul Rahman penuh harapan.

Filem pecah panggung 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' yang menelan belanja RM8 juta membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali,  Wan Hanafi Su, Johan As’ari serta pelakon aksi handalan Yayan Ruhian dari Indonesia dan ramai lagi,

Filem ini juga khabarnya sedang dalam perancangan untuk di bawa tayangannya di Indonesia dan dengan adanya Yayan Ruhian tidak mustahil ia akan terus meletop, - KitaReporters


15
9
0
11
0
You will be interested