Seni & Sukan 07 Apr, 2022

Video| Armani Entertainment nak lahirkan ramai artis baharu berbakat! Jadi peneraju label hiburan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

KK Chua (baju biru)  bersama artis-artis baharu AEG. - Kredit foto: FAS.


Armani Entertainment Group (AEG), sebuah label pengurusan artis yang sudah tentulah tidak gah seperti label-label terkenal dan popular sekarang namun baru lebih setahun jagung penubuhannya, AEG sudah meniti dengan pantas pada bibir-bibir pencinta seni muzik tempatan.

Malah perancangan masa hadapannya AEG mahu menjadi sebuah syarikat 'public listed' (tersenarai awam).

‘Kami merancang menjadikan AEG syarikat tersenarai awam dan peneraju label hiburan tanah air dan Asia Tenggara dalam melahirkan lebih ramai lagi artis-artis berbakat besar di bawah naungannnya,” ujar Dato KK Chua selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG pada majlis ‘Berbuka Puasa dan Malam Media’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada semalam, 6 April 2022 yang diacarakan oleh selebriti media, Kelly Azman (gambar bawah, kanan)  dan pengacara Munabella (kiri).




Turut hadir Ketua Pegawai Operasi AEG,  Zeileen Yusnita Abd Jalil serta penyanyi Wany Hasrita sebagai salah seorang daripada artis popular diwakili AEG. 

Antara artis-artis terkenal lain mewakili artis bertaraf A-list tanah air meliputi rapper popular MK (K-Clique); pengarah Michael Ang, pelakon popular TV, Farah Nabilah; dan hos TV Elly Ariffin.

Majlis bersama-sama pengamal media tempatan selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan turut  memperkenalkan secara rasmi barisan artis baharu di bawah naungan AEG serta mengeratkan lagi hubungan kemesraan antara label dan media.

“Misi AEG adalah untuk melahirkan bakat-bakat baharu dengan keperibadian baik dan boleh dijadikan sebagai role-model kepada masyarakat umum di Malaysia dengan motto label ‘impian anda kami jadikan kenyataan’," tambah KK Chua.




Artis-artis berkenaan yang tidak ketinggalan membuat persembahan pada malam tersebut terdiri daripada Hasif Upin yang merupakan pelantun lagu ‘Janji Sampai Mati’; pendatang baharu, Yunadia yang muncul dengan single ‘Cha Cha Cinta’; Syauqi Danial dengan lagu ‘Fantasia’; dan kumpulan  5 anggota gadis M-pop, Coex, (gambar bawah) menyanyikan lagu cover raya, ‘Cahaya Aidilfitri’.



Bersempena malam ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’,  AEG turut melancarkan sebuah single raya istimewa berjudul ‘Nostalgia Raya’, paduan mantap antara Hasif Upin dan Yunadia, hasil ciptaan komposer terkenal, Iqie Hugh. 

Muzik video lagu berentak pop rancak yang  menceritakan tentang kenangan hari raya yang penuh nostalgia ini boleh ditonton melalui YouTube Armani Entertainment bermula 15 April 2022 ini.

“Lagu ini kami rakamkan sebelum bulan puasa lagi dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan. Ini merupakan pengalaman pertama saya merakamkan lagu raya dan seronok dapat menyanyikan lagu raya sendiri,” kata Yunadia yang kini sedang meningkat naik melalui lagu 'Cha Cha Cinta'.



“Setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini kita dapat betul-betul beraya kerana dunia telah memasuki fasa pandek. Namun, setelah kehilangan ibu tercinta pada tahun lepas, saya hanya beraya sebatang kara. 

“Kehidupan tetap diteruskan dan saya pasrah dengan ketentuan Ilahi.,” sambung Hasif sambil memaklumkan bakal muncul dengan single bersama seorang penyanyi legenda tanah air namun masih dirahsiakannya.

Menariknya majlis dihangatkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa telefon pintar, iPad dan juga TV. 

Satu penghargaan kepada media daripada sebuah syarikat baharu yang ternyata prihatin terhadap mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak setelah sekian lama tiada majlis seumpama waima daripada label ternama sekali pun. - KitaReporters


Dari kiri: Hasif Upin, Zeileen Yusnita, KK Chua dan Yunadia melancarkan lagu 'Nostalgia Raya'.

15
14
0
11
0
You will be interested