Seni & Sukan 08 Jan, 2022

Demi Keluarga Malaysia! Tadika KEMAS jadi pusat sehenti! Semakan kelayakan bantuan baiki rumah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this



KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menjadikan premis Tadika KEMAS sebagai Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap.

“KPLB memutuskan untuk menjadikan Tadika KEMAS di lokasi banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan (11 Januari 2022) untuk memudahkan semakan dan pendaftaran kelayakan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tadika



“Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tadika KEMAS Bukit Changgang, Banting, Selangor selama tiga hari bermula Selasa depan (11 Januari 2022) untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pascabanjir,” katanya dalam satu kenyataan pada 7 Januari 2021.

Beliau berkata, semua permohonan Ketua Isi rumah (KIR) untuk pembaikan rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah sebelum disah dan didaftarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.



Menurutnya, KPLB juga menggerakkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi membantu mengumpul data penduduk yang terkesan dengan bencana banjir untuk diserahkan kepada PKOB daerah.

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana, manakala bagi pembinaan semula rumah tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak,” katanya.



Mahdzir berkata, di bawah Program Bantuan Rumah KPLB, peruntukan sebanyak RM15,000 disediakan untuk baik pulih rumah dan RM56,000 untuk bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia, manakala RM68,000 bagi wilayah Sabah dan Sarawak untuk bina baharu rumah

“Untuk program pembaikan rumah mangsa banjir, saya dimaklumkan bahawa hari ini (7 Januari 2022) KPLB Negeri Sembilan telah memulakan kerja penilaian kerosakan, dijangka kerja-kerja masuk tapak dan pembaikan akan bermula esok (8 Januari 2022) membabitkan tujuh rumah mangsa banjir di Kampung Puom, Jelebu,” katanya.

Beliau turut menjemput kementerian dan agensi lain yang terlibat dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan pascabanjir di pusat sehenti di Tadika KEMAS yang disediakan oleh KPLB.

“Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB dan Bilik Gerakan Bencana KPLB melalui talian 03-88915827,” katanya. - KitaReporters



11
14
0
12
0
You will be interested