Seni & Sukan 26 Jun, 2020

Video ‘panas’ mirip suami! Lisdawati berserah pada Allah SWT

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TULAR dalam media sosial video bogel seorang lelaki didakwa yang menyerupai pelakon Fauzi Nawawi yang juga suami kepada pelakon Lisdawati. Video berkenaan menggemparkan orang ramai kerana wajah dan suara lelaki itu sangat mirip dengan pelakon tersebut. : KitaReporters


Susulan tersebarnya video itu oleh pihak tidak bertanggungjawab, Fauzi menegaskan dia akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Lisdawati dalam Instagramnya walaupun tidak secara terus terang mengaitkan kenyataannya itu dengan isu tersebut, menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

“Kepadamu ya Allah aku berserah jiwa dan raga kerana ajal menanti tak tahu bila. Jauhkanlah aku dan keluargaku dari fitnah dunia,” tulisnya.


Katanya lagi dalam hantaran berlainan, seseorang itu sepatutnya bertaubat dan bukannya mencari kesalahan lalu dan menyebarkannya.

“Sebagai hamba-Nya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu disebarkan.

“Andai aku mati esok hari, aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yang tak lepas buat salah. 

"Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua,” ujarnya.


Bersimpati dan memahami apa yang dilalui oleh Lisdawati, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat agar terus kuat menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

“Betul tu, orang buat salah minta maaf bertaubat kepada Allah. 

"Orang yang sebar aib orang merangkaklah nanti di akhirat nak minta maaf. Baik kalau dapat buang terus. Janji Allah tahu niat kita,” ujar salah seorang netizen.

Netizen memberikan kata-kata semangat buat Lisdawati.


Semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran agar berhati-hati. 

Zaman teknologi serba canggih ini, kita tidak boleh percaya bulat-bulat akan sesuatu video yang berniat menjatuhkan maruah seseorang.

Kadang-kadang kita rasa video tersebut seakan-akan tulen tetapi sebenarnya ia telah disunting dengan begitu kemas dan terperinci. - KitaReporters

4
1
4
0
2
You will be interested