Seni & Sukan 02 Jan, 2021

Begini sambut tahun baharu 2021? Pelajar perempuan ditangkap khalwat dengan kekasih di motel

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KES remaja-remaja bermadu kasih sempena tahun baharu di hotel atau motel bukanlah cerita baharu, namun peristiwa noda ini tentunya mengecewakan ibu bapa mereka. Lebih parah sembilan kemudian baharulah kesalahan tersebut terdedah dan mengundang kes pembuangan bayi dan lebih buruk pembunuhan bayi tidak berdosa. : KitaReporters


PELAJAR IPT bersama pekerja kedai makan ditangkap khalwat di sebuah motel di Kulim, Kedah awal pagi tadi, 1 Disember 2020. -  Kredit Foto : Pejabat Agama Kulim 


Lagi cerita-cerita tangkapan berkaitan khalwat:

https://kitareporters.com/search?search=khalwat 


Seorang pelajar perempuan berumur 18 tahun telah ditangkap khalwat dengan seorang pekerja kedai makan ketika pasangan terbabit sedang menyambut tahun baharu 2021 di sebuah motel di Kulim, Kedah awal pagi tadi, Jumaat 1 Januari 2021. Kekecewaan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan!  

Sebelum ditangkap khalwat dengan pekerja kedai makan berusia 19 tahun pada pukul 1.15 pagi tadi, pelbagai alasan yang tidak manasabah diberi dari pasangan remaja itu termasuk mereka adalah adik beradik kandung atau adik angkat tetapi semuanya tidak berhasil. 

Sedihnya hati bila mengenangkan nasib pelajar perempuan itu yang sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  di negeri itu yang tidak sepatutnya mudah tergoda serta terikut dengan bisikan kata hatinya untuk bermalam sebuah motel semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.


PEJABAT Agama Daerah Kulim, Kedah 


Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azwan Azman berkata ketika serbuan dibuat mendapati lelaki yang tinggal di Jitra, Kedah itu hanya berpakaian seluar sahaja manakala pelajar terbabit sedang bersembunyi di dalam bilik air. 

Menurutnya, pihaknya mengambil masa menunggu selama lima minit sebelum pintu bilik di motel di Taman Lembah Impiana berkenaan dibuka oleh lelaki tersebut. 

``Pasangan itu cuba mengaburi pihak kami dengan mengatakan bahawa mereka adalah adik beradik kandung dan adik angkat tetapi ia tidak logik. 

``Pelajar serta lelaki itu gagal membuktikan mereka mahram sebagai suami isteri yang sah menyebabkan kita menangkap mereka berkhalwat di situ,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Januari 2020.



Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana kesalahan khalwat. 

Azwan berkata, jika disabitkan dengan kesalahan itu mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya sekali. 

``Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulim sebelum pasangan itu dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing,’’ katanya. - KitaReporters

5
3
3
3
7
You will be interested