Seni & Sukan 17 Jan, 2021

Apa kes? Dihadang 13 bertopeng muka nak beli rokok! Remaja pecah bola mata ditusuk anak panah

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

 

TIDAK tahu apa motif, tiba-tiba dua orang remaja menjadi mangsa panahan yang disyaki dilakukan oleh 13 orang yang tidak dikenali ketika mahu membeli rokok. Kejadian ngeri yang berlaku di Desa Bakung, daerah Bringkanaya, Kota Makassar, Indonesia itu menggemparkan masyarakat setempat. : KitaReporters


Mangsa kini dirawat di hospital. - Kredit foto: Bukamatanews.Id


Lapor portal Bukamatanews.Id, dua remaja berkenaan yang dikenali sebagai AS, 17 dan AD, 18, kini sedang dirawat di hospital.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian pada Sabtu, 9 Januari 2021 itu bermula ketika AS bersama rakannya dikenali sebagai RG, hendak membeli rokok di sekitar lokasi kejadian. Namun, secara tiba-tiba mereka mendapati sekumpulan orang bertopeng yang berjalan kaki menghadang laluan.

Mereka mula tidak sedap hati dan ketika itulah satu anak panah melayang laju menuju sasaran tepat ke mata AS. Akibat tusukan yang kuat itu, bola mata AS pecah dan darah bersembur.


Bola mata mangsa pecah akibat terkena anak panah. - Kredit foto: IG makassar_iinfo


AS meraung kesakitan. Saat mendengar raungan AS, rakannya RG yang ada beredakatan menjerit meminta tolong.

Jeritan RG didengari oleh rakan-rakan yang ada berdekatan termasuk AD. Tanpa membuang masa, AD dan rakan-rakan yang lain segera ke tempat kejadian untuk membantu AS dan RG.

Namun langkah AD terhenti ketika sibuk mengejar kumpulan tersebut. Rupa-rupanya AD terkena anak panah pada pahanya. Anak panah tersebut terpacak pada pahanya.

Kejadian yang berlaku itu telah disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, Kompol Supriady Idrus. Menurutnya, kumpulan yang memakai topeng muka itu membawa busur panah dan perisai pelindung.

"Kira-kira 13 orang dengan berjalan kaki menggunakan penutup muka dan kepala dengan busur dan perisai pelindung telah melepaskan anak panah ke arah saksi dan mangsa," jelas Supriady pada Isnin, 11 Januari 2021.


Gambar hiasan. - Kredit foto: Google Image


Pihak polis telah mengenal pasti kumpulan tersebut datang dari kawasan berdekatan lokasi. Sehingga kini, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan motif masih belum diketahui.

Sementara itu, menurut pihak polis, mangsa dan rakan-rakannya yang lain mengakui tidak mengenali pelaku-pelaku tersebut. - KitaReporters

1
1
6
0
3
You will be interested