"Alhamdulillah syukur @eina_azman." Itu adalah ucapan istimewa daripada Shuib Sepahtu selepas mendapat berita gembira, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, suami pelakon, Datin Paduka Eina Azman sudah sembuh.
Ramai netizen pula memohon keberkatan doa itu dipanjang kepada keluarga mereka.
Shuib atau Shahmira Muhamad adalah insan paling gembira mendapat tahu berita itu selepas dia tidak bernasib apabila isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.
Pada 9 September 2021, Eina memuat naik berita suaminya sudah dibenarkan pulang selepas menghabiskan detik mendebarkan selama 12 hari dirawat di sebuah hospital kerana memerlukan bantuan penafasan kerana paras oksigen turun naik akibat jangkitan Covid-19 tahap empat.
Eina, suami dan dua pembantunya yang dipanggilnya sebagai bibik Mega dan Bikna positif. Manakala anak kembarnya negatif.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Eina Azman
Sejak disahkan positif sempena sambutan ulang tahun ke-7 perkahwinan mereka pada 31 Ogos 2021 itu, Eina berkata, jantungnya bagaikan mahu gugur apabila dapat keputusan itu.
"Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena Covid tahap empat ini dan paru-parunya pun dah merebak 30% dengan paras oksigen tidak menentu.
"Doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua tiga hari paras oksigen tidak juga baik, suami kena masuk ICU. Kalau boleh saya memang tidak hendak suami ke ICU," katanya.
Majoriti artis yang membuat hantaran kesyukuran itu mengucapkan alhamdulillah dan mendoakan semoga suami dan keluarga Eina terus dipelihara oleh Allah SWT.
Manakala ramai netizen yang berharap harapan sembuh itu turut berlaku pada keluarga mereka. Malah ada isteri yang berkongsi kegembiraan apabila anggota keluarga terutama suami mereka pulih.
Eina berkata selepas melalui detik mendebarkan buat diri dan keluarganya, akhirnya suaminya dibenarkan pulang ke rumah dan berharap orang ramai dapat terus mendoakan dia sekeluarga termasuk dua pengasuhnya bebas sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19.
Eina berkata, "Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika ditimpa ujian itu 😭. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Dan saya sudah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami.
"Di sini saya berterima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan semua followers saya yang tidak henti-henti mendoakan dan bagi saya pelbagai jenis barang serta tips untuk cuba sembuhkan suami.🙏🏻 Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan DM.
"Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas semua doa2 yang baik untuk diri dan suami serta bibik kami. 🙏🏻 Dan sekarang, suami saya sudah pulang ke rumah.
"Ini semua berkat doa anda semua yang Allah makbulkan🤲🏻🙏🏻 Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn❤️🤲🏻 #staysafe #takecare #".." kata Eina yang kelihatan sangat bahagia memeluk suami dan anak-anaknya.
Pemilik Instagram Hamadtuzma_ hasan, turut tumpang gembira melihat kebahagian keluarga Eina sambil berkata, "Alhamdullilah,anak-anak sangat daddynya..tidak lekang berbicara. Masya-Allah, sayu tengok rindu betul daddynyaa...😢😢."
Alhamdulillah, ucap Zarina Zainuddin. - Kredit gambar: IG Zarina Zainuddin
Artis Zarina Zainuddin yang cukup terharu mendengar berita itu terus memuat naik ucapan. "Alhamdulillah adikku, Allah permudahkan segalanya dalam hidupmu sekeluarga, Aamin..Aamin. ❤️," katanya dengan nada gembira melihat keluarga itu dapat kembali bersatu sambil memuji, "Daddy so lovely with kids."
Pelakon Atika Suhaimi juga menyifatkan keluarga itu sangat bertuah dan dia tumpang gembira tidak terhingga, "Alhamdullilah. So happy for you and your family. Semoga Allah sentiasa lindungi all of you ♥️."
Joe Faisal (gambar, atas) seorang netizen turut memberi komen "Alhamdulillah 🤲🏻" dan dia juga memohon warganet dapat memanjangkan doa yang sama untuk kesembuhan abangnya yang kini ujian Covid-19 tahap 5.
Pemilik akaun Ibrahim Mazlah (gambar, bawah) turut berkongsi kegembiraan seperti yang dilalui oleh pelakon itu bila dia mendapat tahu suaminya juga melalui saat getir yang sama.
"Hari-hari hendak tahu perkembangan.... Alhamdulillah dah balik jumpa family... Jaga kesihatan dan lalui `long Covid` dengan hati yang terbuka dan tabah," kata pemilik Dik Lah Tailor Ibrahim itu. - KitaReporters