Seni & Sukan 10 Sep, 2021

Video| Adakah derhaka I-Tanggang sama seperti Si Tanggang? Dapatkan jawapannya 13 Sept di Astro!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Jika dahulu kita disajikan dengan cerita dongeng masyarakat Melayu, ‘Si Tanggang’ yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Tanggang menderhakai ibunya sehingga disumpah menjadi batu, kisah seumpama dikembangkan dengan situasi berbeza dalam drama bersiri, ‘I-Tanggang -Mother of Lies’.

“Ini bertepatan dengan situasa zaman sekarang di mana kami memilih untuk memberikan pendekatan kontemporari moden pada cerita yang berpusat pada pengajaran jangan derhaka kepada orang tua tetapi dalam keadaan berbeza,” ujar pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin selaku pengarah bersama adiknya, Wan Alauddin serta Rashidi Ishak ketika diwawancara dalam sidang media secara maya pada 7 September 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem

Antara yang hadir pada sidang medi maya...  (Dari kiri atas) - Raja Jastina, Wan Hasliza, Wan Alauddin, Rashidi Ishak, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar dan Sofea Jane.



Turut hadir bersama mereka bertiga termasuk Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta beberapa barisan pelakon terlibat antaranya Faizal Hussein, Datin Sofea Jane, Danish Hazriq dan Nadhir Nasar.  

Bagaimana pun, pelakon utama lainnya, yang menunjukkan lakonan hebat sebagai ibu, Sheril Merlis (kiri) tidak  dapat hadir.

Apa kelainannya 'I-Tanggang' berbanding ‘Si Tanggang’?

'I-Tanggang' yang bakal mengisi slot Astro Originals mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9 malam di Astro Citra, saluran 108, bukan sekadar meneroka subjek berbeza daripada kebiasaan, tetapi turut mempertaruhkan naratif baru kepada penonton di mana ia memaparkan kisah seorang ibu mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, sumber pendapatan dan dendam.

“I-Tanggang sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen Syndrome by Proxy. 

"Bukan itu sahaja, ia juga fokus kepada konsep 'derhaka'. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang,” sambung Raja Jastina yang tertarik dengan keseluruhan penceritaan karya terbitan KL Motion Pictures itu untuk disajikan kepada penonton.



Menurut Raja Jastina, drama berkenaan merupakan yang pertama mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy di Malaysia.

“Drama ini bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi apa yang kami ingin kongsikan kepada penonton boleh menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat. Semoga penonton Malaysia terus menjadi penonton yang matang dan bijak,” sambung Wan Hasliza.

Menariknya, memandangkan jalan cerita ‘I Tanggang’ diinspirasikan daripada isu yang memang wujud di Malaysia, tentang kesihatan sindrom mental, Munchausen Syndrome by Proxy, Astro turut berkolaborasi dengan pihak Pakar Psikologi dari Universiti Malaya dalam berkongsi pengetahuan berkenaan masalah kesihatan mental itu



Mendapat sokongan dan kerjasama daripada UMCares sebagai Pusat Komuniti dan Kelestarian di bawah naungan Universiti Malaya, mereka menampilkan pakar-pakar psikiatri untuk mengulas dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat menerusi platform media sosial Astro, program bual bicara TV, ruangan khas editorial dan radio. 

“Kerjasama antara pihak Astro dan UM juga menekankan bahawa pentingnya peranan kedua-dua pihak dalam mengetengahkan isu kesihatan mental dan kekeluargaan yang semakin terjejas ekoran pandemik yang kini melanda diseluruh dunia,” ujar Raja Jastina sambil berharap apa yang dipaparkan sedikit sebanyak mampu mengajak masyarakat melihat definisi tekanan melalui perspektif institusi.

Mengetengahkan tiga kisah kekeluargaan dalam satu drama, episod pertama ‘I-Tanggang’ akan ditayangkan secara serentak dalam saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam, 13 September 2021 ini. 

Manakala, untuk minggu-mingu seterusnya, ia boleh disaksikan dalam saluran Astro Citra pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam. 


Sofea Jane memegang watak seorang doktor.

Sementara itu, drama ini juga merupakan ‘comeback’ bagi pelakon yang masih jelita pada usia 49 tahun, Sofea Jane, yang kali terakhir muncul dalam telemovie ‘Ikan Singgang Cicah Budu’ di RTM pada tahun 2015.

“Kebetulan saya berada di Malaysia setelah 6 tahun menetap di Australia ketika tawaran ini dikemukakan oleh Rashidi Ishak. Memandangkan ada masa terluang dan cerita pun menarik, itu yang menyebabkan saya terima melakonkan watak Dr. Nini,” ujar Sofea yang mengakui cintanya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar.

“Sebagai pelakon, kita sentiasa inginkan sesuatu yang ‘out of the box’ jadi sekiranya karya itu tidak klise dan mencabar kemampuan lakonan, saya akan mempertimbangkannya namun ia haruslah bersesuaian dengan usia kita,” ujar Sofea menjawab persoalan apakah beliau akan  selektif dalam memilih tawaran berlakon.

Apa pun, jika merindui pelakon “Perempuan, Istri dan…" ini bolehlah menonton lakonannya dalam ‘I-Tsnggsng’ nanti ya. - KitaReporters


Antara babak-babak "I-Tanggang'.

13
9
0
14
0
You will be interested