Seni & Sukan 28 Aug, 2020

Kandas! Indra Putra tewas Cabaran Gol Terhebat Piala Asia!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

TIADA rezeki nampaknya! Lepas pusingan pertama tetapi kandas hanya dalam pusingan berikutnya. Cuma perbezaan empat peratus undi yang menyekat langkah Indra Putra Mahayuddin untuk ke pusingan suku akhir Cabaran Berapit Gol Terhebat Piala Asia AFC. : KitaReporters

INDRA Putra Mahayuddin (kanan) menjaringkan gol tunggal Malaysia dalam kempen Piala Asia AFC 2007 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Kredit foto: AFC.


Lagi cerita-cerita berkaitan bola sepak:

https://kitareporters.com/search?search=bola+sepak


Bekas sayap kiri kebangsaan kelahiran Perak itu hanya beroleh 48 peratus atau 3,545 daripada 7,387 undi dalam persaingan yang menjadi milik kapten India, Sunil Chhetri dengan 52 peratus atau 3,841 undi. 

Keputusan pengundian secara dalam talian oleh para pelayar the-afc.com bagi pusingan kedua cabaran ini diumumkan laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu hari ini, 28 Ogos 2020 setelah dibuka dua hari terdahulu. 

Kekalahan tipis Indra itu membolehkan Chhetri mara ke suku akhir cabaran untuk berentap dengan Younis Mahmoud dari Iraq yang menewaskan Sardar Azmoun (Iran), 74 peratus berbalas 26 peratus daripada 39,552 undi keseluruhan.




Laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), the-afc.com membuka pengundian cabaran yang berdasarkan 32 gol sepanjang pusingan akhir beberapa edisi terkini kejohanan teragung benua itu.

Indra dicalonkan bagi rembatan gol tunggal Malaysia yang kalah 5-1 kepada China dalam perlawanan Kumpulan C Piala Asia 2007 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Julai 2007.

Pemain Kuala Lumpur dalam Liga Perdana 2020 itu beroleh 89 peratus atau 2,758 daripada jumlah keseluruhan 3,099 undi untuk menewaskan Hussain Fadhel dari Kuwait dalam pusingan pertama cabaran itu, 20 Ogos 2020 lalu.

Hardi Jaafar merancang gerakan sebelah kiri dengan melambungkan bola kepada Hairuddin Omar yang menolaknya untuk disudahi kaki kanan Indra yang menewaskan penjaga gol lawan, Li Lei Lei pada minit ke-73 di depan 21,155 hadirin.

INDRA (No. 23), kini kapten Kuala Lumpur yang berusia 39 tahun selain pernah mewakili Perak, Selangor, Pahang, T-Team, Kelantan dan Felda United. - Kredit foto FB KL Hawks.


Chhetri, kapten India pula dicalonkan bagi jaringan rembatan tingginya ke bawah palang gol Thailand pada Piala Asia, 6 Januari 2019 yang membantu menewaskan Thailand 4-1 di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE).

SUNIL Chhetri, kapten India. - Kredit foto AFC.


 

KALI terakhir Indra menyarung jersi dan membantu Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014. - Kredit foto FB Indra.


 

0
0
0
0
0
You will be interested