Seni & Sukan 03 Sep, 2020

Ada jugak macam ni? Bayar ganti rugi dengan 2 bungkus coklat

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SIAPA sahaja tak terkejut dan marah apabila melihat keadaan kereta milik sendiri dilanggar oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab selepas sakan membeli belah di pasar raya kan? Jika pesalah bertanggungjawab tidak apa, ini pengecut sanggup melarikan diri dan terang-terang tidak mahu bertanggungjawab. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan kereta:

https://kitareporters.com/search?search=kereta


Tular sebuah video dalam Twitter memaparkan sebuah kereta yang kemek teruk akibat dilanggar oleh seorang yang tidak bertanggungjawab.

Namun, ceritanya tak berakhir di situ sahaja. Ada sebab mengapa video tular itu telah ditonton lebih 200,000 kali.


Apa yang lebih mengejutkan, pemilik kereta ini menemui sepucuk surat permohonan maaf di hadapan cermin kereta berserta dua coklat Hershey. Surat tersebut merupakan permohonan maaf dan coklat tersebut merupakan ganti rugi kerana si pelaku tidak mampu membayar ganti rugi di atas kerosakan yang dibuat.

Ternyata kerosakan yang dibuat oleh pelaku sangatlah besar bukannya kecil.

Rata-rata netizen yang melihat video ini merasakan bahawa pelaku ini seorang yang tak bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan.


Ada yang merasakan tindakan si pelaku lucu, tapi tindakannya sangatlah tak patut dilakukan.


Semoga si pelaku insaf dan tidak mengulangi tragedi seperti ini kepada kereta lain kerana pemilik kereta yang kena langgar itu, mungkin berkata: "Tak lucu pun!!!" - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested