Seni & Sukan 23 Aug, 2020

Mampukah lagu 'Warna Merdeka' sama popular dengan "31 Ogos"?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Setiap kali menyambut perayaan Hari Kemerdekaan, halwa telinga kita pasti tidak terlepas daripada mendengar lagu yang dinyanyikan Penghibur Nombor 1 Asia, Dato Sudirman Arshad berjudul ’31 Ogos’. Kini, lima anak muda berbilang bangsa - Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe bergabung meraikan sambutan kemerdekaan melalui lagu ‘Warna Merdeka’. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan video muzik:

https://kitareporters.com/search?search=video+muzik


Video muzik 'Warna Malaysia' telah dilancarkan pada Jumaat, 21 Ogos 2020 lalu oleh penerbitnya, World Peace Entertainment dan setakat 22 Ogos 2020, video tersebut telah mencapai lebih 34,000 tontonan. Sudah pasti akan meningkat lagi menjelang Hari Kebangsaan nanti.


Lagu patriotik bergenre pop, ‘Warna Merdeka’ itu merupakan hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh waima video muzik yang ditampilkan bertema penghargaan dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan pandemik COVID-19.

Berdasarkan kepada penceritaannya, video muzik ini diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisme. 

Ekoran itu, World Peace Entertainment berjaya menghasilkan sebuah lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi dengan  sekumpulan pelukis jalanan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Medeaprojekt’


Dalam pada itu, kelima-lima artis muda yang terlibat seperti Naim Daniel, Ismail Izzani, Kide Santhe, Sean Lee serta Danish Suffian turut mempromosikan video muzik berkenaan dalam laman Intagram masing-masing. 

Setiap daripada mereka menggunakan gambar masing-masing sebagai 'cover' diapit dua gambar lain dengan catatan "Its Out Now" yang bermaksuk video muzik terbabit sudah pun dilancarkan dan boleh dinikmati semua.

‘Warna Merdeka’  sudah boleh didengar dan dimuat turun dalam semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain. 

Mungkinkah lagu ini boleh mengatasi populariti '31 Ogos' nyanyian Sudirman dan diterima ramai? Yang pasti anak-anak muda mungkin menggemarinya waima yang dewasa masih tidak boleh melupakan lagu lama.

Apa pun untuk rekod, lagu '31 Ogos' merupakan lagu nyanyian asal penyanyi Melayu/Indonesia era 60/70-an, Allahyarham Ahmad CB atau nama penuhnya Ahmad Chass Barra  bertajuk "Tanggal 31' yang berentak march dan agak slow. 



Ia kemudian dirancakkan dengan rentak pop oleh komposer S. Atan untuk dirakamkan semula oleh Sudirman pada tahun 1982 dengan judul '31 Ogos' sahaja. Tetapi ketika itu lagu yang dimuatkan dalam satu-satunya album patriotik Sudirman berjudul 'Abadi'.

Nampak gayanya memang abadi sungguh lagu tu kan walau pun ketika itu ia tidaklah sepopular mana sebelum dimainkan kembali pada tahun 2008 sehingga sekarang.

Moh! Layan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdakaan yang ke-63 semoga negara juga mampu ‘merdeka’ dari pandemik COVID-19 yang masih tular. - KitaReporters




6
1
0
0
0
You will be interested