Seni & Sukan 16 Nov, 2021

Video| Apa dipakai Siti Nurhaliza jadi perhatian! Hari tu jam mewah RM1.1j! Kini skaf RM4,100!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
/
Skaf atau tudung yang dipakai oleh Siti Nurhaliza Taruddin ini dikatakan berharga RM1,100. - Kredit foto: IG CTDK

Personaliti popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, sentiasa diberi tumpuan oleh orang ramai. Apa yang dilaku tidak lepas daripada pandangan serta komen orang ramai. 

Kebelakangan ini pakaian dan aksesori yang dipakai oleh bintang tersohor ini memang diberi perhatian.

Namun rata-rata orang ramai tidak mempertikaikan harga barangan yang dimilikinya kerana dia mampu memiliki barangan mahal sesuai dengan statusnya sebagai selebriti terkenal, ahli perniagaan berjaya dan isteri kepada ahli perniagaan berjaya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza

/

Status Siti Nurhaliza membuat orang ramai tidak mempertikai dirinya memakai pakaian berjenama. - Kredit foto: IG CTDK

Ketika muncul dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini pemakaian jam tangan mewahnya diberi perhatian. 

Hasil pencarian netizen dalam Internet, seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille dianggarkan bernilai kira-kira  RM1.1 juta.

Dan kemunculan Siti Nurhaliza mengadakan persembahan dalam Pentas Hebat Shoppe pada Khamis, 11 November 2021 lalu lebih mendapat perhatian kerana program ini disiar secara langsung di TV3.


Netizen mencari harga harga tudung yang dipakai oleh Siti Nurhaliza.

Kali ini pemakaian tudung atau skaf yang digayakan oleh bintang tersohor ini menjadi bualan ramai.

Terdapat netizen melakukan siasatan mengenai harga tudung jenama Christian Dior yang dipakai oleh Siti Nurhaliza itu. 

Hasil carian mendapati, skaf berwarna coklat yang diberi nama D-Oblique Shawl itu berharga RM4,100 sehelai. Ia bukan tudung biasa, Ia diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.

Siti Nurhaliza muncul sebagai penyanyi profesional dengan suaranya tetap mantap dan gaya persembahannya memukau dengan kelincahannya tidak melihat dirinya seorang ibu punya dua anak.

Kemunculan Siti Nurhaliza dalam persembahan Shopee Pentas Hebat ini memperlihatkan bintang ini akan kembali bergiat di pentas hiburan setelah anak keduanya Muhammad Afwa sudah berusia lebih enam bulan. - KitaReporters

8
10
0
14
0
You will be interested