Seni & Sukan 28 Nov, 2021

Video| Impian Aina Abdul genggam ijazah bidang muzik tercapai! Menanti 5 tahun tamat pengajian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Aina Abdul bersama gulungan ijazah yang diterima. - Kredit foto-foto: IG ainaabdul

Penyanyi, pencipta dan pemuzik berbakat besar Aina Abdul, 28, kini dapat berbangga dengan memiliki ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari (Kepujian) setelah menjalani kuliah selama 5 tahun

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani memperoleh ijazah itu dari Universiti UCSI cawangan Kuala Lumpur.

Aina sepatutnya menerima ijazah itu pada tahun 2021 lalu, namun ia ditunda ke Sabtu, 27 November 2021 kerana pandemik Covid-19.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konvokesyen

Aina di pentas menerima ijazah. - Kredit foto: Video IG Aina Abdul


Aina memuatkan dua foto dan rakaman video dalam Instagramnya @ainaabdul berkenaan majlis graduasi di universiti yang dulunya Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (University College Sedaya International International atau UCSI) itu.

Insan seni ini bersyukur dapat menamatkan pengajian dalam kesukarannya membahagi masa dengan kegiatan seninya. Dan kini penatnya mengharungi cabaran sudah terbayar.

Aina bersama ibunya sebagai antara insan yang mendorong kejayaannya.


Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi dokongan kepadanya terutama ibunya sehingga berjaya memperoleh ijazah muzik. Menurut Aina, sebagai seorang anak seni dia juga perlu mengutamakan pendidikan.

Menurut Aina, dia pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, dia mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian.

Aina sering berpakaian 'ganjil' ketika mengadakan persembahan

"Saya sedar menyanyi sahaja tidak cukup, saya harus melengkapkan diri dengan ilmu. Saya belajar dalam bidang muzik,  jadi saya dapat aplikasikan dengan kerjaya seninya,” kata Aina.

Pernah menyanyi di kelab malam dan menyertai pelbagai pertandingan, namun tuahnya mula terserlah apabila menyertai pertandingan Mentor Legend di TV3 pada 2014 dan menduduki tempat kedua dengan mentornya Ella. 
Dan kebelakangan Aina gema memakai pakaian agak ganjil ketika mengadakan persembahan.Aina sudah menghasilkan dua ‘single’ dengan yang terbaharu berjudul ‘Sepi’ pada Februari 2021.

Penyanyi bersuara lantang ini menjadi antara penyanyi generasi baru yang mampu bergerak jauh. - KitaReporters

14
12
0
12
0
You will be interested