Seni & Sukan 05 Jan, 2024

Juri The Masked Singer Malaysia ditegur! Elak lawak double meaning! Matanglah sikit! - Da'q Luqman

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Musim ke-4 The Masked Singer Malaysia (TMSM) telah bersiaran secara langsung dan disiarkan di Astro Warna bermula pada 17 Disember 2023 yang lalu. Dato AC Mizal sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. 

Seramai sembilan orang juri terdiri daripada golongan artis terkenal. Mereka ditugaskan untuk memberi markah kepada setiap peserta sekali gus meneka siapa selebriti di sebalik topeng berdasarkan klu-klu dan suara yang dipersembahkan oleh para peserta.

Program realiti muzik misteri Malaysia ini berdasarkan daripada francais Masked Singer yang berasal dari rancangan televisyen realiti Korea Selatan King of Mask Singer. 

Dalam perkembangan terbaharu, TMSM yang diadakan secara rakaman sebelum ini, namun bagi musim ke-4 ini, ia disiarkan secara langsung.



Oleh kerana disiarkan secara langsung, ada beberapa ulasan daripada juri didapati tidak sesuai. 

Hal itu turut mendapat perhatian Da’i Luqman. Menerusi laman sosialnya, Da’i Luqman membuat teguran secara terbuka kepada para juri TMSM musim ke-4 itu. Walaupun tidak menyebut secara langsung nama program tersebut, namun dapat difahami ia ditujukan kepada program TMSM.

Menurut Da’i Luqman, dia menyeru agar para juri terutamanya juri wanita lebih sensitif dan tidak memberi ulasan ‘double meaning’.  

Tegasnya lagi, ulasan sedemikian tidak sesuai didengari terutama oleh kanak-kanak. Dia juga berharap penerbit dan juri-juri lelaki dapat menegur kelakuan tersebut serta tidak menormalisasikan lawak ‘double meaning’.




“Chaq tahu hampa (anda) nak buat lawak. Tapi buatlah lawak yang lebih matang dan bijak sikit macam Paknil (Datuk Aznil Nawawi) tu. Belajar daripada orang yang berpengalaman apabila nak bagi ulasan dan komen.

“Mungkin ini hikmah kenapa program ni asalnya dalam bentuk rakaman ditukar kepada program siaran langsung. Supaya masyarakat nampak sendiri perangai selebriti yang diagungkan mereka. 

"Yang dah tua macam Chaq ni, jaga percakapan, supaya boleh diikut baik oleh anak cucu kita. Kata-kata menggambarlan perilaku sebenar diri kita. Wallahuaalam,” tulisnya.




Sementara itu, ramai netizen turut bersetuju dengan pandangan dan teguran daripada Da’i Luqman. Malah, ramai antara mereka tidak menonton rancangan tersebut kerana beranggapan ia sebuah rancangan tidak berfaedah.

“Sedih, makin lama makin hilang common sense dalam masyarakat kita,” tulis salah seorang netizen.


13
13
0
13
0
You will be interested