Seni & Sukan 26 Sep, 2022

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto-foto: FB FAM 


Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand untuk edisi ke-48 kali ini selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa sebenar perlawanan pada malam tadi, 25 September 2022.

Beraksi dalam keadaan padang basah di sepanjang perlawanan ternyata memberi kesukaran buat skuad kebangsaan yang mempamerkan aksi terbaik seperti aksi sebelum ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Raja Thailand

Kredit foto-foto: FB FAM 


Sepanjang 90 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan mempunyai deretan peluang namum gagal menjaringkan gol dan salah satu faktor adalah keadaan padang dalam perlawanan tersebut. 

Namun begitu, pujian perlu diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi yang bertindak cemerlang dengan menyelamatkan beberapa peluang terbaik.  

Bukan sahaja Syihan bekerja keras, pengadil perlawanan dari Thailand juga begitu komited menjalankan tugas dan banyak kad kuning terpaksa diberikan kepada pemain Malaysia dan Tajikistan selepas terlibat dalam kekasaran demi kekasaran.  



Berbaki beberapa minit sebelum tamat perlawanan, Tajikistan hampir meraikan kemenangan selepas berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-84 menerusi pemain gantian iaitu Rustam Soirov, namun jaringan tersebut dibatalkan akibat pemain itu terlebih dahulu berapa dalam keadaan offside. 

Dalam aksi sepakan penalti, ternyata malam ini, nasib tidak memihak kepada Malaysia selepas tiga sepakan pemain Harimau Malaya tidak masuk manakala Tajikistan berjaya pula memanfaatkan kesilapan pemain Malaysia untuk memastikan mereka menjulang kejuaraan Piala Raja Thailand itu tahun 2022 ini. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB FAM 

9
5
0
16
0
You will be interested