Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 36, yang juga dikenali sebagai ‘Abang Terlajak Laris’ meneruskan tradisinya sejak beberapa tahun lalu untuk menghasilkan lagu-lagu bertema hari raya.
Aliff Syukri yang selama ini mendakwa sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia ada alasannya membuat dakwaan sedemikian.
Ini kerana kesemua video muzik (MV) lagu bertema hari rayanya mampu mencapai jutaan tontonan, mengatasi jumlah tontonan MV lagu hari raya penyanyi-penyanyi popular tanah air.
Bagi Hari Raya 2023, Aliff Syukri mendendangkan sebuah lagu bercorak pop komersial berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’. Melihat judul lagu itu sudah menarik minat orang ramai untuk mendengarnya.
Video muzik ‘Chu Ku Chuk Raya’ mula ditayang dalam YouTube Terlajak Laris Channel pada jam 12.02 tengah hari Khamis, 6 April 2023.
Namun ia tidak melemahkan semangat Aliff Syukri untuk melancarkan MV ‘Chu Ku Chuk Raya’ pada Khamis, 6 Februari 2023.
/
Justeru dengan dua hari bermakna itu, Aliff syukri yakin MV ‘Chu Ku Cak Raya’ mampu terus trending dalam masa terdekat. - KitaReporters
/