Seni & Sukan 22 Aug, 2022

Video| Untunglah! Kucing ni dapat hadiah hari jadi kolar LV! Tiba-tiba ramai pulak nak jadi kucing!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


DEMI kucing kesayangan, seorang pemiliknya sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi yang terbaik kepada kucing yang dipelihara agar kekal sihat dan terjaga.

Seorang pemilik kucing baru-baru ini telah tular apabila video TikToknya menunjukkan beliau membeli hadiah istimewa bersempena dengan hari jadi kucing kesayangannya


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing-kucing


Hadiah yang diberikan kepada kucingnya sangat mengejutkan semua orang kerana dia membelikan kolar kucing berjenama Louis Vuitton (LV) bersempena hari jadinya.

Kolar yang dihadiahkan kepada kucing kesayangannya itu siap diukir huruf ā€˜Lā€™ sempena nama kucingnya iaitu Little

Sebaik sahaja selesai melakukan pembayaran, wanita itu dilihat kembali ke rumahnya untuk memberikan kejutan istimewa itu kepada kucingnya.

Sejurus kembali ke rumah, beliau memakaikan kucing orenya kolar tersebut. 



Rata-rata netizen memuji kecomelan kucing ini yang sangat gebu. 

Lebih menarik apabila ada dikalangan mereka sangat cemburu melihat hadiah istimewa yang diberikan kepada kucingnya. 

Ada juga yang berseloroh ingin menjadi kucing angkat di dalam keluarga itu untuk menerima layanan yang sama seperti si oyen. - KitaReporters


11
7
0
15
0
You will be interested