Seni & Sukan 19 Aug, 2022

Man Jadda Wa Jada! Mohon batalkan bantuan zakat! Pendapatan jangka stabil! Kirim surat kepada LZS!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Perkongsian Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengenai seorang penerima asnaf mengirim sepucuk surat meminta bantuan asnaf dihentikan selepas kewangannya kembali stabil meraih perhatian orang ramai.

Menurut LZS menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, isi pucuk surat itu individu terbabit menyatakan ingin membuat permohonan pembatalan bantuannya susulan pendapatan bulanannya dijangka stabil pada bulan September depan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lembaga Zakat Selangor (LZS)


Sementara itu, ruang kapsyen LZS menjelaskan telah menghubungi pengirim surat itu untuk mendapatkan kepastian keputusan yang telah dibuat.

“Dengan sepucuk surat dan panggilan telefon, kami berbual berkaitan hasratnya, untuk kepastian. 

“Bila kita berada pada fasa endamik, langkah semakin jauh dan semakin gigih berusaha, maka hasilnya seperti yang sering kita dengar "Man Jadda Wa Jada", setiap usaha pasti berjaya. Alhamdulillah.

“Semoga asnaf ini akan terus berjaya melalui saat getir ketika ini,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.



Rata-rata orang ramai memuji tindakan jujur penerima asnaf itu serta mendoakan beliau terus dilimpahkan rezeki serta menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.

“Seorang hamba Allah yang amanah. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan beliau dan seterusnya beliau menjadi pembayar zakat,” kata pengguna media sosial yang bernama Ameer Ali.

“Orang ini ada iman alhamdulillah. Semoga beliau makin maju dan berjaya dunia akhirat,” ujar Ahmad Soffian Mohd Shariff.

”Moga si pengirim surat sentiasa dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Dia mungkin tahu ada insan lain lebih layak terima zakat dari dia,” kongsi NurIlham Iman. - KitaReporters


17
14
0
15
0
You will be interested