Seni & Sukan 10 Sep, 2024

Industri muzik pun ada kartel? Tangan ghaib tentukan naik turun artis? Tetapkan isu bayaran royalti?

Share this

Dari kiri: Allahyarham P. Ramlee, Allahyarham Pak Ngah dan M. Nasir


Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (nama sebenar: Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh), Allahyarham Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan Datuk M. Nasir (Mohamad Nasir Mohamed) antara komposer tersohor Malaysia.

Mereka bukan sahaja dapat menghasilkan lagu dan lirik yang indah, penuh makna dan “tidak luput ditelan zaman”, bermaksud hasil ciptaan mereka akan sentiasa diingati dan kekal malar segar (evergreen), malah ada antara mereka sangat berbakat, menjadi penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album serta pengarah filem, dan ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan minat yang mendalam.

Apa kayu ukur bagi menentukan sesuatu karya itu diterima ramai atau tidak? Apakah fakta popular itu sebagai kayu ukur? Adakah fakta promosi dan sokongan diberikan oleh pihak media?


Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)


Bagi mengulas isu ini, penulis mendapatkan pendapat dan cadangan Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid.

Beliau berkata kita semua harus memahami bagaimana industri ini digerakkan, kita lihat P. Ramlee ketika penghujung kerjayanya menyedari kewujudan kartel-kartel dan beliau cuba melakukan perubahan, bagaimanapun, apa yang menyedihkan orang ramai sendiri yang menyisihkan P. Ramlee sehingga beliau meninggal dunia.

Kartel bermaksud pihak yang mengawal industri dan pasaran serta mempunyai pengaruh yang kuat.

“Justeru, kita semua harus imbas kembali sejarah kerana kini ada dakwaan bahawa lagu-lagu dulu lebih berkualiti berbanding sekarang, namun pada hakikatnya ramai penyanyi, pencipta dan penulis lagu yang berjaya.


Ayob Abd Majid


“Kita perlu buat kajian kenapa ada antara mereka kurang menyerlah atau gagal. 

"Media juga memainkan peranan penting, sama ada untuk “menaikkan atau menjatuhkan” nama artis. Ada sebilangan organisasi media/wartawan yang memihak (bukan semua) kepada artis mainstream (arus perdana) berbanding penyanyi yang popular dalam YouTube, Spotify, Podcast dan lain-lain,” kata Ayob kepada KitaReporters.


Gambar hiasan... Ilustrasi AI


Menurut Ayob, ramai penyanyi berbakat dan serba boleh yang tidak digilap dengan baik untuk merealisasikan potensi mereka.

“Kartel mungkin merupakan “tangan ghaib” yang menguasai pasaran dan menentukan naik atau turun seorang artis. Lihat sahaja kepada isu royalti P. Ramlee, selepas 50 tahun beliau meninggal dunia, masih belum diselesaikan,” katanya.


M. Nasir


Pada Jun lepas, M. Nasir memberitahu media bahawa isu royalti karya P. Ramlee yang sudah tamat 50 tahun sebelum ini agak rumit untuk diselesaikan kerana wujud perjanjian antarabangsa.

Beliau berkata isu royalti karya P. Ramlee yang tamat tahun lepas (2023) selepas lima dekad kematian Seniman Agung itu lantas berstatus 'domain awam', bagaimanapun, masih layak diterima beberapa penulis lirik lain yang bekerjasama dengan arwah.

“Pembayaran royalti P. Ramlee untuk waris-warisnya sudah tamat pada 2023 tetapi ada antara penulis lirik lain yang pernah bekerjasama dengan P. Ramlee masih layak untuk waris mereka menerima royalti itu.

M. Nasir berkata royalti P. Ramlee sudah melepasi tarikh tamatnya selama 50 tahun selepas kematian arwah agak rumit diselesaikan kerana ada perjanjian antarabangsa yang memerlukan diteliti daripada pelbagai aspek. – KitaReporters

10
17
0
10
0
You will be interested