Mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Siti Hajaar Dr Sheikh Nordin, pada Jun 2023 yang lalu, tidak menghalang MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan terus diminati para peminatnya. Malah, mereka dikatakan pasangan sejoli, sama cantik sama padan. Justeru, peminat suka melihat kemesraan dan kebahagiaan pasangan ini.
Sesekali, MK akan berkongsi gambarnya bersama isteri dalam media sosial untuk tatapan peminat. Ramai peminat mendoakan agar pasangan ini cepat menimang cahaya mata.
MK bertindak menutup sebahagian wajah isterinya sehingga mengundang tanda tanya.
Pada awal Mac 2024, MK telah berkongsi gambarnya bersama isteri dalam sebuah majlis yang dihadiri mereka. Kedua-duanya kelihatan memakai baju berwarna sedondon.
Aksi romantik mereka mendapat perhatian para netizen. Rata-rata memuji kecantikan Siti Hajaar.
Namun, tindakan MK ‘menconteng’ atau menutup gambar sebahagian wajah isterinya seolah-olah sedang memakai niqab mengundang persoalan. Kalau betul sudah memakai niqab, kenapa perlu diedit gambar tersebut!
“Saya nak tanya kenapa muka isteri diconteng macam tu?
Kalau kat medsos diedit tapi kat luar tak berniqab apa bezanya?” tanya salah
seorang netizen.
Ada benarnya juga pertanyaan tersebut. Mungkin MK ada alasan tersendiri. Mana tahu, itu adalah permintaan isterinya sendiri atau ada gimik untuk produk terbaharu.
Jadi, janganlah mudah kita mengecam atau menghukum.
Sungguh pun begitu, ada juga netizen bersetuju dengan tindakan MK berbuat demikian. Dakwanya, tindakan MK adalah untuk menjaga kehormatan Hajaar.
“Salute dengan MK sebab jaga Hajaar sampai tak nak orang lain tengok Hajaar sebab Hajaar untuk MK je. Walaupun MK muka noty boy, tapi tetaplah salute sebab ingatkan MK ni suka perempuan seksi-seksi,” tulis netizen tersebut.
Ada juga yang menyangkal dakwaan mengatakan Hajaar sudah memakai niqab, kerana ketika muncul dalam live TikTok dia tidak memakainya.
Tidak kisahlah pakai niqab atau tak, yang penting tutup aurat. Tak gitu? - KitaReporters