Seni & Sukan 30 Mar, 2024

Video| Siapa isteri Zul Ariffin? Enggan dedahkan bakal isteri! Akhiri zaman bujang hujung tahun?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Zul Ariffin (berdiri, kanan sekali) antara artis-artis popular yang hadir pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro baru-baru ini.


Pelakon Lelaki Terbaik yang memenangi gelaran sama pada dua majlis berasingan pada tahun 2021 iaitu di Festival Filem Malaysia ke-31 dan Anugerah Drama Sangat 2021, Zul Ariffin, 37, membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini (2024).

Pun begitu, beliau enggan mendedahkan apakah wanita pilihannya itu terdiri daripada kalangan insan biasa atau pun orang industrii sepertinya.

“Sampai masanya nanti semua akan tahulah tetapi buat masa ini saya belum boleh memberitahu siapa cuma saya rasa sudah bersedia untuk ke arah itu insya-Allah,” ujar pemilik bernama penuh, Zulkifli Ariiffin ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya baru-baru ini.



Menurut Zul, beliau cuba mencapaikan hasratnya itu sebab dah lama perancangan itu ada dan rasanya sudah tiba waktunya beliau memikirkannya tahun ini (2024).

“Jangan ingat saya kelentong panjang lak. Insya-Allah saya cuba sehabis baik untuk capainya. Bila dah rasa sampai masanya tak bolehlah saya tangguhkan lama-lama sangat kan nanti orang cakap sahaja-sahaja lak nak tangguh kan? Jadi tak eloklah,” tambah Zul sambil memaklumkan bulan Ramadan kali ini beliau banyak meluangkan waktu berehat.

“Inilah bulan Ramadan yang saya boleh betul-betul relaks dan lepak kat rumah, ruang masa di pasar Ramadan dan peluang mengerjakan solat tarawih,” tambah Zul yang percaya akan aktif selepas hari raya apabila filem ‘Sheriff’ arahan Syafiq Yusof yang dijangka ditayangkan di pawagam mulai 18 April 2024 mula mengadakan promosi.


Temu bual penuh bersama Zul Ariffin. - Video: FAS.


Filem 'Sheriff' lakonan Zul Ariffin bakal ditayangkan di pawagam mulai 18 April 2024 ini. 


Sementara itu dalam perkembangan lain, bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini (2024) dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre yang terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster yang boleh dinikmati bermula malam raya, melalui platform Astro termasuk televisyen, radio dan ruangan digital. 

Meneruskan tradisi tahunan, Astro juga membawakan sebuah iklan raya bertajuk 'Ada Apa Dengan Masa’ arahan Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.

Kisah di sebalik ‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian dan menyimpulkan bahawa dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan orang tersayang.




Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi, sudah ditayangkan mulai 27 March 2024 lalu dalam televisyen dan platform digital Astro. 

“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini, “ ujar Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Ramli pada majlis sama.

Menurutnya. penceritaan dari iklan ‘Ada Apa Dengan Masa’  bersifat dinamik dengan mengingatkan kita semua tentang kepentingan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan orang tersayang. 

“Diharapkan santapan Syawal kami mampu menyemarakkan semangat Aidilfitri para penonton untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dengan program-program terbaik di Astro. Akhir kata, ampun dan maaf kami pinta jika ada tersalah kata mahupun terkasar bahasa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” akhiri Azlin.



Dalam pada itu, sempena Raya tahun ini,  pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat sambil melibatkan diri dalam aktiviti bermanfaat seperti menyumbang ke arah amal kebajikan melalui tabung khas yang dianjurkan Astro Kasih dengan kerjasama Yayasan Ikhlas.

Tabung khas tersebut yang dibuka sempema Kempen Kasih Ramadan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia di mana segala sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya untuk mereka. - KitaReporters

11
11
0
13
0
You will be interested