Seni & Sukan 02 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Jepun terus buat kejutan! Layak ke pusingan kedua! Tundukkan Sepanyol 2-1!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JEPUN terus mempamerkan aksi menakjubkan apabila kali ini mengejutkan Sepanyol untuk menang 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan E Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 2 Disember 2022. 

Kemenangan Jepun ini juga adalah kejutan kali kedua kumpulan tersebut dalam edisi Piala Dunia 2022 dan juga merupakan kemenangan yang sangat bermakna buat mereka untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir

Lebih manis, skuad kendalian Hajime Moriyasu menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara kumpulan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Jepun turun dalam misi agak mustahil kerana perlu mencatat kemenangan bagi memastikan tempat mereka selamat ke pusingan seterusnya apatah lagi turun berhadapan bekas juara dunia 2010 ini yang tengah berada pada prestasi terbaik. 

Sepanyol di letakkan sebagai pasukan pilihan bermula dengan sangat baik dan peroleh jaringan pertama pada minit ke-11 melalui Alvaro Morata. 

Sepanyol yang berkenal dengan permainan tiki-taka terus menguasai permainan sehingga menyukarkan pemain Jepun untuk mengatur permainan mereka tetapi mereka berjaya bertahan dengan baik bagi mengelak lawan mereka itu terus menjaringkan gol. 



Melihat situasi pada separuh masa pertama, Moriyasu melakukan beberapa strategik dan perubahan taktikal termasuk melakukan pertukaran pemain bagi memastikan Jepun dapat mencari jaringan

Ternyata ia menjadi apabila Jepun peroleh dua jaringan pantas menerusi Ritsu Doan pada minit ke-48 untuk menyamakan kedudukan. 

Sebelum sempat skuad La Roja menyusun kembali pasukan, Jepun sekali lagi meledak jaringan kedua selang tiga minit kemudian menerusi Ao Tanaka sekali gus memberi kecerian berganda buat pasukan matahari terbit itu. 

Namun begitu, pengadil pada mulanya membatalkan jaringan tersebut setelah dilihat bola tersebut sudah keluar dari garisan permainan. 

Tetapi selepas melihat Video Assistant Referee (VAR) atau Pengadil Berbantukan Video, ternyata gol kedua itu sah dan dikira. 



Sepanyol cuba bangkit tetapi Jepun terus bertahan sehingga tamat perlawanan. 

Biarpun tewas dalam aksi terakhir, bekas juara dunia ini tetap layak biarpun Jerman turut mencatat kemenangan ke atas Costa Rica tetapi kelebihan gol memihak kepada Sepanyol

Jepun dijadualkan bertemu Crotia pada pusingan seterusnya sementara Sepanyol pula akan bertemu Morocco. - KitaReporters


16
11
0
15
0
You will be interested