Hampir di setiap negara stesen TV membuat anugerah terhadap insan seni berdasarkan populariti atau undian. Ia juga sebagai promosi dan pendapatan iklan untuk stesen TV. Anugerah Melodi Terhangat (AMT). perlu memperuntuk kurang daripada 10 saat bagi setiap kategori untuk mencatatkan jumlah undian yang diterima kesemua calon yang bertanding, - KitaReporters
Hampir di setiap negara stesen TV membuat anugerah terhadap insan seni berdasarkan populariti atau undian. Ia juga sebagai promosi dan pendapatan iklan untuk stesen TV.
Setelah sembilan tahun, TV3 mengadakan semula anugerah tahunan untuk insan seni. Ia dijenama semula dengan diberi nama ‘Anugerah Melodi Terhangat’ (AMT).

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Daiyan Trisha
Sebelum ini pada tahun 2016, ia dikenaIi sebagai ‘Anugerah Melodi’. Dengan penjenamaan semula ini, sebanyak 12 kategori dipertanding dengan tagline (slogan) "Hangat Bukan Beshe-Beshe!".
Sesuai dengan taglinenya, AMT terhangat seharusnya menjadi bukan biasa-biasa. Namun apa yang terlihat ia hanya pertandingan biasa-biasa sahaja, seperti pertandingan hiburan lain.
Tiada apa kelainan bermakna yang ditonjolkan. Sepatutnya AMT boleh memberi kelainan dalam siarannya.

Selebriti Viral Terhangat – Rosyam Nor
AMT cuma perlu memperuntuk kurang daripada 10 saat bagi setiap kategori untuk mencatatkan jumlah undian yang diterima kesemua calon yang bertanding.
Memandangkan pertandingan berdasar undian penonton maka penonton ingin tahu jumlah undian setiap calon, berapa besar jarak undian kerana mereka adalah golongan diminati dan punya peminat atau kelab peminat tersendiri.
Kita hanya tahu pemenang setiap kategori. Mungkin jarak kemenangan tidak jauh beza dengan calon-calon lain. Keputusan setiap kategori jangan dijadikan ‘ekslusif’ pihak penganjur.

Selebriti Feminin Terhangat - Sophia AlBarakbah menerima jambangan bunga daripada Bela Astillah
Pihak penganjur sepatutnya berbincang dengan dua pihak penganjur utama iaitu Samsung dan Proton. Bagi setiap pemenang kategori selain diberi piala, patut juga diberi hadiah telefon bimbit oleh pihak Samsung.
Sementara bagi pemenang Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 - Ultimate Award perlu diberi satu lagi hadiah kereta Proton X50. Baharulah anugerah itu dipandang tinggi.
Proton hanya memberi sebuah Proton X50 Superstar kepada pemenang Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar iaitu penyampai radio Hot FM, Keymi.
Kita harap AMT akan mengemas kini cara pemilihan, pemberian (penyataan) markah dan hadiah lebih bererti.
Jumlah kategori dipertanding perlu ditambah. Jangan hanya insan seni golongan muda yang ditandingkan.
Insan seni yang sudah berusia atas 40 tahun atau dalam kategori senior juga perlu dihargai dengan turut diberi anugerah sewajarnya.

Khai Bahar - Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
Dan dari segi persembahan hiburan pula, ia jug perlu dilaku dengan lebih menarik, tidak hanya ‘biashe biashe’ sahaja seperti di AMT 2025.
Jadikanlah AMT sebagai satu lagu pertandingan untuk insan seni seperti ‘Anugerah Juara Lagu’ dan lebih hebat daripada ‘Anugerah MeleTOP’ terbitan Astro Ria. - KitaReporters
Berikut ialah senarai pemenang ‘Anugerah Melodi Terhangat 2025 di PICC 3 Ogos 2025:
Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Daiyan Trisha
Selebriti Couple Goals Terhangat - Bella Astillah & Syed Saddiq
Selebriti Ikon Terhangat - Siti Saleha
Selebriti Feminin Terhangat - Sophia Albarakbah
Selebriti Drama Sangat Terhangat - Che Puan Sarimah
Pilihan Proton X50 Superstar - Keymi
Viral Terhangat - Rosyam Nor
Selebriti Maskulin Terhangat - Fattah Amin
Selebriti Trending Terhangat - Cik Epal
Selebriti Newcomer Terhangat - Zarif Ghazzi
Selebriti Stailo Terhangat - Daiyan Trisha
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat - Khai Bahar
Tonton Original Terhangat – BRU
Selebriti Viral Terhangat – Rosyam Nor