Seni & Sukan 24 Jan, 2023

Video| Hidup Tanpamu! Lagu buat Puteri Sarah? Keisya ceritakan kesedihan gagal pertahan kisah cinta!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Puteri Sarah dan mereka yang senasib dah dengar ke lagu Hidup Tanpamu nyanyian Keisya ini?


Setiap insan bergelar manusia tidak terlepas daripada perasaan cinta. Cinta selalunya ditafsirkan kepada dua hati yang sedang dilamun cinta walaupun hakikatnya cinta itu subjektif dan memiliki makna berbeza bagi setiap orang.

Pun begitu apabila cinta dikhianati tentulah sakitnya hati tidak terperi apatah lagi jika ditinggalkan gantung tak bertali mahu pun bersendirian tanpa rela.

Siapalah yang ingin hidup tanpa cinta? Apa lagi harus merelakan hidup tanpa seseorang yang kita cintai, pasti sesuatu yang sangat berat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keisya Levronka


Buat anda yang sedang merasakan perasaan itu, single terbaharu penyanyi muda Indonesia, Keisya Levronka, 19, berjudul ‘Hidup Tanpamu’ mungkin mampu menjadi jawapannya.

Di bawah label rakaman Universal Music Indonesia, lagu melankolia daripada Keisya Levronka ini menceritakan betapa pedihnya menerima kenyataan dan menjalani hidup tanpa adanya orang yang dicintainya selama ini, bahkan berpisah menjadi solusi akhir daripada kenyataan pahit itu.

“Kisahnya, tentang kenyataan yang sedih kerana tidak dapat mempertahan kisah cinta bersama, kerana memang terlalu sulit untuk dilanjutkan. Memang susah menerima kenyataan seperti ini, lantas timbul pertanyaan mampukah hidup tanpa dia, apakah rela hidup tanpa cintanya,” ujar Keisya Levronka menceritakan tentang single ‘Hidup Tanpamu’.



Dalam single ciptaan pemuzik handalan Indonesia, Ramadhan Handy, dan Astono Andoko atau yang lebih dikenali sebagai Asta RAN, muziknya sendiri masih mengusung warna nuansa pop balada yang manis dengan susunan yang sangat epik nan berirama. 

Nuansa melankolia sangat mendominasi single ‘Hidup Tanpamu’ sehingga pemenang Anugerah Industri Muzik ke-23  bagi kategori ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara’ melalui lagu ‘Tak Ingin Usai’ ini dapat merasai betapa pedihnya menerima kenyataan sedemikian.

Sehubungan itu juga, Keisya berharap mereka yang mendengarkan dapat merasai ceritanya, dan mampu mendapatkan inspirasi dalam melalui situasi yang tengah dihadapi itu.

“Semoga dapat dinikmati orang ramai. Dan, bagi mereka yang pernah atau sedang melalui cerita lagu itu, moga ia dapat menjadi seperti penguat semangat, dan yakinlah kalau anda tidak sendirian,” harap Keisya.


Throwback... Keisya bersama trofi kemenangannya pada AIM23 pada tahun 2022. - Kredit foto: xtra.com.my


Bunyian instrumen piano yang dominan dengan perpaduan kualiti serta karakter vokal Keisya Levronka yang sangat dinamik membuat lagu ini semakin indah dan terkesan megah serta sedap untuk didengar.

Selain dilancarkan dalam bentuk audio dan video lirik, single ‘Hidup Tanpamu’ juga dapat dinikmati dalam bentuk video muzik dalam akaun rasmi YouTube milik Keisya Levronka, arahan Bobby Adrian Vitra dan Jessy Sylviani.

Apakah lagu melankolik nyanyian Keisya kali ini mampu membuat pendengar merintih kesedihan sehingga perlu menyiapkan tisu saat mendengarnya?

Jom dengar single ‘Hidup Tanpamu’ ini dalam semua platorm muzik digital kegemaran masing-masing.

Agak-agak Puteri Sarah yang kini sedang keseorangan boleh terhibur tak mendengar single terbaharu Keisya Levronka ini? 

Jika beliau dah rela memohon perceraian kerana tidak  sanggup bermadu, sudah tentu Puteri Sarah rela hidup tanpanya tak gitu? - KitaReporters


11
11
0
15
0
You will be interested