Seni & Sukan 10 Mar, 2023

Tahniah KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya! Anjur kayuhan berbasikal bukit Croco Ride!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Burhanuddin Daud menyampaikan ucapan ringkas dan memberi kata-kata semangat sebelum melepaskan peserta kayuhan.


LEBIH 350 peserta menyertai program kayuhan berbasikal bukit “Croco Ride 1.0” tahun 2023 yang diadakan di Dataran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor pada 26 Februari 2023.

Program anjuran Kelab Berbasikal Sungai Buaya (KBSB) bersama-sama KRT berkenaan bermatlamat untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa pentingnya aktiviti sukan dan riadah. 

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Negeri Selangor, Burhanuddin Daud mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik minat penyertaan pelbagai kaum membabitkan peserta Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.


Lagi cerita-cerita berkaitan aktiviti berbasikal

Peserta kayuhan basikal bukit “Croco Ride 1.0” tahun 2023 berkumpul sebelum dilepas di Dataran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor pada 26 Februari 2023.


Beliau berbangga kerana matlamat program itu tercapai dan menjadi contoh kerana ia adalah antara hasrat Kementerian Perpaduan bagi mengalakkan setiap aktiviti khusus berbentuk kemasyarakatan sebolehnya dengan membabitkan penyertaan daripada pelbagai kaum.

“Saya difahamkan 70 peserta adalah berbangsa Cina manakala 10 lagi india daripada keseluruhan 350 peserta yang terbabitkan dalam kayuhan dan berharap pada tahun akan datang lebih ramai menyertainya,” ujar Burhanuddin dalam ucapan perasmian sebelum melakukan perlepasan peserta.


Khairun Nahar Rusdi membantu Burhanuddin melepaskan peserta kayuhan yang tidak sabar-sabar untuk berlumba.


Menurut Presiden KBSB, Khairun Nahar Rusdi acara kayuhan berbasikal itu diadakan pada mulanya bersempena meraikan ahli kelab apabila sekian lama tiada acara berskala besar di bandar berkenaan, bagaimanapun mendapat pertanyaan daripada peminat basikal dari luar yang berminat untuk turut serta.

Sehubungan itu , jelas beliau, selepas mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa KBSB penganjuran kayuhan berkenaan dibuka kepada peminat basikal dari luar dengan menggalakkan penyertaan pelbagai bangsa.

Tambahnya, berikutan sambutan hangat daripada peminat sukan berbasikal tidak sampai seminggu penyertaan dibuka sudah menarik 350 peserta dan pihak penganjur terpaksa menutup pendaftaran berdasarkan beberapa faktor terutama membabitkan keselamatan pengayuh.  

Khairun Nahar menzahirkan ucapan terima kasih kepada penaja yang membantu menjayakan program kayuhan berkenaan iaitu Klinik SP Care , Biri-Biri Café,  Adabi, SBCC Event Management, Fariq Design, Panglima D7, Reendrone, Panjang Bianchi, Suraya Sofea An, Razifsangit Photographer, Gaban Conopy 19, Nash Catering dan Jiwa basikal. 


Peserta kayuhan basikal  bukit “Croco Ride 1.0” tahun 2023 berkumpul sebelum dilepas di Dataran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor pada 26 Februari 2023.


Sementara itu pengerusi KRT Kasturisari, Mahmod Mat Ali, berkata program anjuran bersama KBSB  itu adalah bertujuan  menggalakkan masyarakat bersukan dengan budaya sihat  disamping menjalinkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta.

Beliau juga rasa bersyukur kerana program berkenaan berjalan  lancar dalam keadaan cuaca yang amat baik dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari Jabatan Perpaduan Negeri Selangor, Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Penyelaras DUN Batang kali, Ahli Majlis Zon 22 Sungai Buaya, Rela dan Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bandar Sungai Buaya. 

Menurutnya, antara sebab penganjuran itu mendapat sambutan adalah kerana sudah  lama tiada program sebegini diadakan manakala faktor lain ialah laluan track basikal di sekitar Sungai Buaya berbukit yang mencabar peserta dalam suasana kehijauan alam sekitar begitu menarik.

“Difahamkan rata-rata peserta yang datang bukan sahaja dari negeri Selangor malahan ada dari negeri lain seperti Pulau Pinang dan Perak berpuas hati dengan program kayuhan ini dan berharap akan di adakan Croco Ride 2.0 pula,” ujarnya. - KitaReporters


Khairun Nahar menyampaikan cenderahati kepada Mahmod sebagai tanda penghargaan dengan pembabitan KRT Kasturisari Presint 14.

24
16
0
11
0
You will be interested