.
Sebagai selebriti terkenal Indonesia sejak tahun 2004, Luna Maya Sugeng mempunyai ramai kenalan dengan beberapa antaranya pernah menjadi teman lelakinya.
Pelakon, penyanyi, hos, model dan ahli perniagaan ini walaupun ingin berkahwin ketika berusia 20-an namun tidak pernah dilamar oleh mana-mana teman lelakinya sehingga usianya memasuki usia 40-an dan dianggap sudah jadi anak dara tua.
Luna Maya dan Maxime Bouttier membintangi filem 'Gundik'
Luna Maya dan
Maxime Bouttier menunjukkan kad nikah menandakan sudah sah sebagai suami isteri
Awalnya pasangan ini merancang mengadakan majlis secara tertutup sepenuhnya. Namun setelah perkahwinan mereka bocor dalam media sosial, akhirnya kedua-duanya mengambil keputusan menjadikan perkahwinan mereka sebagai perkahwinan paling diingati (wedding of the year) pada 2025.
Sejumlah rakan artis turut diundang. Jadi walaupun tidak dapat mengundang ramai ke majlis akad dan perkahwinannya, Luna Maya dan Maxime membuat jemputan secara maya untuk orang ramai.
Ia menjadikan jutaan manusia dalam dan luar negara dapat menyaksikan secara langsung dan tontonan berulang kali.





Luna Maya dan Maxime disatukan pada petang Rabu, 7 Mei 2025 dengan salah seorang abangnya, Tipi Jabrik sebagai wali.
Akad dimulai dengan pembacaan ayat suci al-Quran, dan dinikahkan oleh Ketua Agama Sukawati, Adi Wijaya. Maxime mengucap ijab kabul dengan penuh yakin dengan sekali lafaz.
Diharap setahun lagi pasangan ini akan mempunyai cahaya mata. Dalam usia yang mencecah 42 tahun pada 26 Ogos 2025, Luna tidak boleh melewatkan untuk mendapat cahaya mata.