Seni & Sukan 03 Oct, 2023

Video| Elly Mazlein/Kak Lina: Dikekalkan atau tidak? Kehadiran dilihat lebih mengucar-kacirkan ASGV?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Persaingan sebenar dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bermula pada minggu ke-2 pada Ahad, 1 Oktober 2023. 

Ketika penonton teruja untuk melihat beberapa peserta musim ke-10 Gegar Vaganza (GV10) ini menyampaikan lagu berentak dangdut dan irama asli, namun cara pengendalian hos seramai tiga orangh masih menjadi pertikaian. 

Ramai lebih selesai jika hanya ada dua hos iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengendalikannya.

Ada juga yang berpendapat, kemunculan Elly Mazlein bukan untuk memberi kemantapan hos, sebaliknya lebih mengucar-kacirkan keadaan. 

Gelagat para hos sehingga 10 minit pada awal rancangan ASGV dianggap membosankan dan hanya memakan durasi.


Elly Mazlein (kiri) dianggap merosakkan keserasian Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos ASGV

Elly pula dilihat cuba membawa dua watak iaitu watak sopan dikenali sebagai Elly M dan kemudian watak galaknya sebagai Kak Lina Pom-Pom. 

Kerana membawa dua watak membuat Elly sendiri keliru, apa lagi dua lagi rakan hosnya.

Sehubungan itu, peminat Gegar Vaganza (GV) berkata, pihak Astro perlu cepat membuat keputusan untuk hanya menggunakan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Jika hendak mengekalkan Elly Mazlein, Astro boleh memberi kerja hos bagi program selepas ASGR iaitu ‘Wazz Vaganza’ selama sekitar 30 minit.



Sementara itu, pada ASGV ini, para peserta menyahut cabaran ketua juri, Datuk Ramli Salleh (Tok Ram) untuk menyamai atau mengatasi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Naqiu pada minggu 1.

Malahan tujuh peserta berjaya mengatasi KPI Naqui di mana dia sendiri hanya mampu berada di kedudukan ke-8. 


Hady Mirza memikat juri bagi menjuarai minggu ke-2 ASGV

Namun pada minggu ke-2 ini, dua peserta terpaksa disingkir iaitu Cliff Umar dan Suki Low. 

Cliff Umar tidak menunjukkan persembahan membanggakan dan gagal membaiki kedudukan terakhir pada minggu pertama.

Begitu juga Suki Low yang pada awalnya dijangka mampu melangkah jauh, namun tidak memberi saingan mencabarkan pada minggu ke-2.

Suki Low dan Cliff Umar menjadi peserta terawal disingkirkan


Persembahan 14 peserta lagi untuk bertanding pada minggu ke-3 bertema ‘Putar Luar Kanan Kiri’ dijangka akan semakin sengit dan mencabar serta menarik perhatian penonton.

Ini kerana para peserta akan menyampaikan lagu di luar kebiasaan mereka. Namun ia akan pasti menghiburkan penonton yang bakal melihat mereka menyanyi dan beraksi. - KitaReporters


Senarai kedudukan peserta pada minggu kedua All Star Gegar Vaganza (ASGV) :

01. Hardy Mirza (79 markah)

02. Jaclyn Victor (75.5)

03. Azharina Azhar (74.5)

04. Liza Hanim (73)

05. Datuk Aishah Ariffin (69.5)

06. Noryn Aziz (69.25)

07. Nikki Palikat (68.5)

08. Naqiu (66.75)

09. Siti Nordiana (66.5)

10. Ayai Ilusi (66.25)

11. Tomok (65.75)

12. Zamani (65.5)

13. Aliff Aziz (65.25)

14. Ezad Lazim (60.5)

15. Suki Low (56.25) - tersingkir

16. Cliff Umar (53.25) - tersingkir

 

8
6
0
13
0
You will be interested