Wawa Zainal berama suami, Aeril Zafrel. - Kredit foto: IG @airilzafrel
SELEBRITI Wawa Zainal memang berjiwa kental. Walaupun masih dalam tempoh pantang, pelakon yang kini usahawan berjaya ini bersemangat melakukan kerja amal bagi membantu mangsa pascabanjir.
Ketika hari ke-8 berpantang dulu, Wawa sudah mula bekerja dengan memandu kereta, berbaju labuh, berkasut tumit tinggi untuk melihat produk baru di kilangnya di Bandar Baru Bangi.
Kini dalam tempoh berpantangnya yang berada pada hari ke-26, Wawa turun padang bagi membantu mangsa banjir besar yang berlaku pada 18 Disember 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Wawa Zainal
Dalam postingan dalam Instagramnya, Wawa membawa sejumlah pekerja ke sebuah pasar raya bagi membeli beberapa barangan keperluan mangsa banjir. Antara barangan yang dibeli ialah sejadah, telekung, bantal dan lampin pakai buang bayi di sebuah pasar raya.
Barangan itu dibawa dalam beberapa kenderaan menuju ke beberapa kawasan banjir di Selangor sambil menyantuni mangsa banjir ketika memberi bantuan.
Walaupun Wawa boleh mengarahkan pekerjanya untuk menyampaikan bantuan, namun semangat kental menyebabkan dirinya hendak turun padang sendiri dengan mengetepikan soal berpantang selepas kelahiran anak.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel meredah kawasan limpahan air semata-mata untuk menghantar barangan kepada mereka yang memerlukan.
Ia merupakan sumbangan amal Wawa dan Aeril yang kini banyak melakukan kerja amal, antaranya dalam proses pembinaan sebuah masjid di kampung Airel di Batu Pahat, Johor.
Biarpun tindakan itu mulia, namun ‘makcik bawang’ tetap meninggalkan komen berbaur teguran dan bebelan dalam IG-nya.
Para ‘Makcik bawang’ itu beranggapan Wawa membahaya dirinya dan bayinya di rumah yang mungkin terjangkit dengan penyakit bawaan banjir. - KitaReporters