Menteri Besar Kelantan melepaskan konvoi sukarelawan yang turun padang bantu mangsa banjir di Lembah Klang dan Pahang.
BEBERAPA jam lalu pada Hari Krismas, sebanyak 5,000 bungkus Nasi Berlauk Kak Chik jenama dari Kelantan yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk Lembah Klang dihantar khas dari negeri itu ke Hulu Langat dengan menggunakan pengangkutan AlHaq transporter untuk warga paling teruk terjejas banjir di Lembah Klang.
Lebih 1,000 sukarelawan dari negeri itu turut digerakkan sejak 24 Disember 2021, membantu penduduk di Lembah Klang dan Pahang.
Operasi Dapur Rakyat ini bagi membantu menangani kesulitan selepas banjir termasuk membersih dan menyediakan keperluan warga terbabit di beberapa daerah di negeri itu.
Mereka terdiri daripada sukarelawan pertubuhan kebajikan (NGO) Mesra, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kawasan Parlimen seluruh Kelantan yang membawa misi balas budi membantu rakyat negeri itu ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan misi bantuan
Pelepasan konvoi itu dilepaskan dengan restu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad berkata, melalui program Dapur Rakyat disokong oleh Jabatan Amal Kubang Kerian yang dianggotai oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, Pasir Tumboh dan Salor menghantar 10 sukarelawan ke Permatang Badak, Kuantan dalam misi membantu warga banjir membersihkan rumah.
Dalam Facebook Kelantan State memuat naik 200 daripada 1,000 sukarelawan itu berdaftar dengan Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan sudah pun untuk menyertai misi pemulihan banjir ke Pahang.
Ia diketuai pasukan dari Khidmat Malaysia Kelantan dan Yayasan Amal Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan Majlis Belia Kelantan.
Di Pahang mereka menyertai operasi pembersihan dan pemulihan di Bentong, Jerantut, Lipis dan Kuala Kurau.
Daerah Demit, Pasir Tumboh dan Salor menghantar wakil 10 orang ke Permatang Badak, Kuantan dalam misi bantuan mencuci rumah kepada mangsa banjir. - Gambar FB Kelante State, Tourism
Feiqa Iqa dalam Facebooknya mengakui sangat bangga apabila melihat rakyat Kelantan berkonvoi membawa bantuan kepada mangsa banjir di luar negeri itu.
"Anggaplah ini sebagai misi membalas budi orang luar yang membantu kami masa banjir 2014 lalu kerana kami juga tahu ramai rakyat negeri ini menumpang di negeri lain untuk mencari rezeki. Semoga misi ini akan menjernihkan perpaduan antara negeri," katanya.
Fieqa Iqa melahirkan rasa bangga melihat kesungguhan rakyat yang rela menjadi sukarelawan bantu misi bantuan.
Sementara itu, Bustaman Ismail mengucapkan syabas rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan agama yang bersatu padu ketika susah senang dengan mengambil inisiatif sendiri, sekali gus membuktikan sifat kasih sayang dan prihatin yang menjadi satu kelebihan rakyat negara ini.
Dalam Facebook Kelate Kito memuat naik luahan daripada warga Kuala Krai yang disertai kira-kira 70 kenderaan pancuan empat roda, 10 biji lori dan dengan kekuatan sukarelawan sudah pun berada di ibu negara di Hulu Langat dan Shah Alam untuk menyumbangkan bantuan makanan dan tenaga kerja membersihkan rumah mangsa banjir.
'ini adalah Misi Balas Budi Warga Krai 2014. Dulu mereka membantu kami ketika banjir besar di Kuala Krai Kelantan dan kini tibalah giliran seluruh negeri Kelantan membantu 'saudara mara' yang ditimpa kesusahan di Lembah Klang.
"Sambil berpesan supaya setiap sukarelawan itu menjaga adat, tingkah laku dan nama baik.
"Bawalah semangat dan doa seluruh warga Krai dan Kelantan, berilah bantuan tanpa penat dan imbuhan kerana orang Kelantan sudah biasa dengan banjir dan kesusahan," ujarnya.
Operasi itu dilakukan dengan kerjasama pasukan sukarelawan Baracuda Aventure Team, Lacar Group dan Taskforce. - KitaReporters
Seramai 20 Orang Petugas Sukarelawan dari Pengkalan Chepa sertai Misi Pemulihan Banjir Kelantan Ke Pahang.