Gaya Hidup 15 Jul, 2021

PKP: PADM Terengganu juga santuni komuniti! Kini buka peluang kepada individu berminat jadi ahli

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Ahli Jawatankuasa PADM ziarah seorang warga emas sambil menyampaikan sumbangan barangan keperluan.


PERSATUAN Anti Dadah AIDS Malaysia (PADM) Negeri Terengganu bukan sahaja aktif mengadakan program dalam usaha memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan kelompok remaja dan komuniti setempat, sebaliknya persatuan tersebut turut menyantuni masyarakat yang ketika ini terkesan dengan pandemik COVID-19.

Program Jelajah PADM untuk mendekati masyarakat setempat dalam menyalurkan bantuan keperluan asas (barangan makanan) kepada golongan yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban kepada mereka yang terkesan antara aktiviti terbaharu persatuan itu.

PADM yang berpusat di daerah Dungun, Terengganu, tidak terlepas pandang untuk sama-sama membantu kerajaan bukan sahaja dalam kalangan penagih dadah sebaliknya turut berkongsi masalah dalam apa juga isu masyarakat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan antidadah


Ahli Jawatankuasa PADM bersiap sedia  untuk mengagihkan barangan dapur kepada komuniti setempat.


Mohd Amran Che Mood


Yang Dipertuanya, Mohd Amran Che Mood berkata, program jelajah tersebut yang turut disertai 10 ahli Jawatankuasa bertujuan membantu golongan yang terkesan dengan masalah kehidupan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, menerusi program itu pihaknya berjaya menjelajah membabitkan 21 keluarga yang terkesan di sekitar daerah Dungun untuk diagihkan bekalan barangan keperluan kepada penduduk terpilih.

“Program tersebut turut mendapat sokongan PADM Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun serta Jawatankuasa Surau Al-Ansar, Jalan Melati, Dungun,” katanya.


Seorang penduduk di Dungun menerima sumbangan daripada Ahli Jawatankuasa PADM


Amran berkata, mengikut perancangan, PADM mahu mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan tetapi terbantut sejak tahun 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 seluruh negara.

Ketika ini, katanya, pihak persatuan terus gigih untuk memantapkankan lagi organisasi PADM dengan mengajak lebih ramai penduduk menyertai persatuan itu dalam usaha membantu kerajaan memerangi aktiviti penyalahgunaan najis dadah.

PADM Cawangan Terengganu ditubuhkan pada 1 April 2012 kini mempunyai lebih 100 ahli di seluruh daerah negeri tersebut.

Katanya, fokus utama penubuhan persatuan itu antara lain ialah untuk membantu mangsa dadah dan AIDS di seluruh negara bagi menjalani kehidupan yang normal.

Beliau berkata, ia juga membantu ahli keluarga mangsa dadah dan penyakit AIDS dalam usaha pemulihan dan rawatan.


Mohd Amran menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada seorang penduduk di Dungun.


Mohd Amran berkata, banyak manfaat jika sesorang menjadi ahli persatuan itu kerana selain berbakti kepada masyarakat dan membantu penagih dadah serta mangsa AIDS, ia juga dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan.

PADM kini membuka peluang kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menjadi ahli persatuan itu dengan dikenakan yuran tahunan RM12

“Mereka yang menjadi ahli mendapat perlindungan insurans berkelompok selain perbelanjaan perubatan ketika berada dalam wad serta khairat kematian,” katanya.

Individu yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan borang keahlian dengan menghubungi Mohd Amran menerusi talian 013-9107637. - KitaReporters


Mohd Amran menerima borang permohonan keahlian PADM daripada Pengarah PSMZA Dungun Mohd Fikri Ismail

5
1
0
0
1
You will be interested

Covid-19 tak jejaskan usaha teroka pasaran produk Klappers! Kelab usahawan bantu pulihkan bisnes!

Pengasas Klappers Muziana Mohamaed @ Jee susun strategi, perkemas semula kedudukan ejen dan lancarkan produk itu dalam bungkusan baharu selepas wabak Covid-19

Dulu UPSR, kini PKSK! Ibu bapa gusar peluang anak ke SBP, SMKA! Guru berpengalaman sedia bantu!

Sejak UPSR dimansuhkan, PKSK jadi kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Ramai ibu bapa bimbang dengan pendidikan anak-anak ekoran tempoh PKP dilaksanakan
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 12 hours ago

Surat beri semangat Hrithik Roshan kepada Aryan Khan! Anak SRK ditahan sebab salah guna dadah!

Penahanan Aryan Khan, anak sulung Shah Rukh Khan kerana salah guna dadah mengejutkan ramai pihak dan ramai yang bersimpati terhadap SRK termasuk Hrithik Roshan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Zul Ariffin enggan jaja kisah peribadi termasuk isterinya! Tidak terpengaruh Penunggang Agama!

Tak mahu kongsi banyak perihal peribadinya, lebih-lebih lagi soal berhijrah mahu pun mengenai pasangan hidupnya. Tidak mudah terpengaruh dengan penunggang agama
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Terbaiklah RTM! Tonjolkan program nilai-nilai murni! Menerusi tiga program khas Maulidur Rasul!

SEMPENA sambutan Maulidur Rasul, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terkecuali menyusun program terbaik menerusi TV1 mulai 18 Oktober hingga 21 Oktober 2021.
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago