Gambar hiasan... Satu Majlis Perkahwinan Perdana di Terengganu
SELEPAS dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, program tahunan perkahwinan beramai-ramai secara percuma atau Majlis Walimatul Urus Perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu kembali diteruskan pada September 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata penganjuran semula program berprestij itu memberi peluang kepada bakal pengantin terutama pasangan muda negeri ini mengmbil bahagian dalam acara tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan
Hanafiah Mat
Katanya, majlis akad nikah dan resepsi yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu bertujuan membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan.
Menurutnya, pasangan yang dipilih menyertai program itu tidak perlu mengeluarkan kos, sebaliknya semua peruntukan disediakan oleh kerajaan negeri.
"Bagi pasangan daripada kalangan ibu atau bapa tunggal, mereka layak menerima insentif sebanyak RM1,000 setiap seorang,” katanya.
Upacara menyarung cicin pertunangan
Selain itu, kepada pasangan yang berminat dan layak, mereka akan diberikan pinjaman modal perniagaan maksimum RM20,000 di bawah Program Jaya Diri (PJD) YPKT.
Beliau berkata, menerusi program itu, bakal pengantin lelaki berusia 45 tahun ke atas dan pengantin perempuan berusia 40 tahun ke atas dikecualikan mengikuti kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).
Tradisi perkahwinan beramai ramai di Terengganu kembali semua pada September 2022 ini.
Sehingga ini, seramai 1,167 pasangan mendapat manfaat menerusi program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 sehingga 2019.
"Pada tahun 2020 dan 2021 program ini ditangguhkan atas faktor pendemik COVID-19 dan kini kembali disusun setelah sekian lama berehat," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana. - KitaReporters
Perkahwinan Perdana anjuran Kerajaan Terengganu amat meriah