Apapun hobi yang digemari pasangan hidup kita, kita perlu menerimanya dan berikan sokongan selagi ia tidak menjejaskan kehidupan sebagai suami isteri.
Tular dalam media sosial, di mana seorang isteri berasa sangat bengang dengan hobi suaminya lalu bertindak di luar kawalan dengan menggoreng ikan-ikan hiasan peliharaan suaminya kerana dikatakan lebih mengutamakan ikan daripada dirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ikan-ikan
Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita ini merakam tindakannya sedang menggoreng ikan-ikan peliharaan suaminya.
"Suami ini kerana ikan. Sikit-sikit ikan, sikit-sikit ikan. Kita gorengkan saje ikannya. Kan sedap tu makan ikan goreng," kata wanita itu dalam video berkenaan.
Menurut wanita ini, sepatutnya mereka pergi melancong namun disebabkan suaminya hendak membeli makanan ikan mereka tidak jadi pergi.
Bukan itu sahaja, semasa mereka shopping suaminya dilihat membeli ikan baru.
Video tular ini turut mendapat komen netizen yang kesian dengan suaminya.
Mereka berpendapat selagi hobi suaminya tak jahat dan tidak mengabaikan tangggungjawab untuk keluarga, tindakan wanita ini salah.
Selain itu, ada juga yang kata lebih baik suaminya habiskan duit untuk ikan hiasan daripada berhabiskan duit untuk wanita lain atau berjudi.
Dalam masa yang sama, netizen yang lain pula berpendapat mungkin juga ikan-ikan tu dah mati, jadi kesemuanya digoreng oleh wanita itu. - KitaReporters