Seni & Sukan 06 Jul, 2022

Video| Nyaris tak kemalangan! Pemandu lori pandu secara bahaya! Pengguna lain tolong escort ke RnR!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


MEMANDU dalam keadaan mengantuk akan membahayakan nyawa ramai orang lain tidak sama kerana kita kurang sedar dan menahan mata yang sangat mengantuk.

Tular sebuah video memaparkan sebuah lori yang dipandu terhuyung-hayang sehingga pengguna jalan raya mengambil inisiatif mengiringi lori tersebut sehingga ke tempat selamat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lori-lori


Sebuah lori dirakamkan dipandu dalam keadaan yang berbahaya iaitu bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain tanpa memerhatikan kenderaan sekeliling.

Mungkin kerana pemandu lori itu memandu dalam keadaan mengantuk!!

Seorang lelaki mellihatkan keadaan berbahaya itu lalu membunyikan hon berkali-kali dan memberi lampu tinggi agar pemandu tersebut kekal sedar dan tidak membahayakan nyawa orang lain.

Apa yang mengagumkan, apabila pengguna-pengguna lain dan beberapa kenderaan lain seperti bas dan lori tunda mula membantu lelaki tersebut membunyikan hon dan beri lampu tinggi.



Lori tunda tersebut juga difahamkan ‘menjaga’ lorong tengah agar kenderaan lain tidak memandu terlalu dekat dengan pemandu lori yang mengantuk itu.

Dikatakan kejadian ini berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan, dan pemandu lori tersebut diiring dengan selamat sehingga tiba di Kawasan Rehat & Rawat di Tanjong Malim.

Hebatlah pengguna-pengguna jalan raya ni saling bantu membantu antara satu sama lain. - KitaReporters


15
10
0
13
0
You will be interested