Seni & Sukan 26 Feb, 2021

Video| Masa PKP: Kes dadah di Kelantan bertambah! AADK Kelantan guna medsos tingkat kesedaran

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


TAHUKAH anda negeri Kelantan menjuarai carta bilangan penagih dadah tertinggi dalam negara kita. Mungkin faktor berhampiran dengan sempadan Thailand yang memudahkan bahan terlarang itu diperoleh segera.

Namun status yang tidak wajar dibanggakan itu bukan penghalang untuk pihak kerajaan negeri melipatgandakan usaha dalam memeranggi masalah gejala sosial dalam kalangan penduduk setempat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan AADK:

https://kitareporters.com/search?search=AADK



Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan menyambut baik peranan yang diketengahkan oleh kerajaan negeri khususnya dalam usaha membantu menangani masalah gejala sosial yang berpunca dari aktiviti penagihan dadah dalam kalangan belia.

Pengarahnya, Rohayu Ahmad berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, jawatankuasa bersepadu menangani gejala sosial dan maksiat ditubuhkan.

“Kerajaan negeri berusaha mengatasi masalah sosial yang semuanya ada kaitan dengan dadah, contoh mencuri sebab hendak beli dadah.

“Kerajaan negeri juga ada inisiatif membantu AADK dalam menangani masalah penagihan dadah. Kerajaan tidak pernah lepas tangan menangani isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat AADK di Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak, baru-baru ini.



Keseriusan masalah gejala dadah dalam kalangan penduduk setempat khususnya belia dapat digambarkan melalui berlakunya peningkatan penyalahgunaan najis itu walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 yang lalu, sehingga sekarang.

Tambahnya lagi, walaupun kes bertambah naik dan program secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan, AADK Kelantan terus bersemangat dan istiqomah mengadakan operasi dalam skala kecil pada setiap masa.

Di samping itu AADK Kelantan turut memanfaatkan media sosial sepanjang musim PKP ini untuk meneruskan program-program kesedaran dan penyampaian maklumat kepada orang ramai.



“Kita menjalankan program khusus kepada pelajar sekolah dalam aplikasi Zoom secara kelompok kecil pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala ujian air kecing tidak dibuat sekarang.

“Kita dapati masih ada kegiatan dadah dalam kalangan pelajar, apabila kita tanya semasa operasi, masih ada pelajar yang ambil dadah, tetapi tidak tahu tahap keseriusan itu,” katanya.

Beliau juga berkata, AADK Kelantan turut melaksanakan projek perintis inisiatif bersepadu menangani masalah dadah dan pelencongan sosial di lima jajahan negeri itu.

Menurutnya projek tersebut diteruskan sehingga 2021 yang meliputi Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Machang yang mengandungi 15 kawasan berisiko tinggi.

Pemilihan kawasan berkenaan dilakukan dengan mengambil kira jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah Akta Penagihan Dadah selama dua tahun di bawah AADK tinggi. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested