Seni & Sukan 10 Jul, 2021

Terima kasih YB! 6,000 bakul makanan untuk penduduk terjejas di Besut! Menerusi pakej PEMULIH!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

IDRIS Jusuh (kiri) menunjukkan tanda bagus ketika majlis pelancaran PEMULIH peringkat Peti Undi (PDM) Hulu Besut di Kampung Keruak.


PROGRAM Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat memberi peluang lebih ramai penduduk yang terkesan mendapatkan bekalan barangan keperluan untuk keluarga. 

Menerusi kaedah agihan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, ia dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kehidupan akibat COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Idris Jusoh

Idris Jusoh


Pejabat Ahli Parlimen Besut tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sosial dengan mengagihkan bantuan bekalan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan sepanjang tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri ini. 

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusoh, mengambil tanggungjawab turun padang mengagihkan sendiri kepada penduduk di beberapa kampung sekitar daerah itu sempena pelancaran program pada Jumaat 9 Julai 2021.

Sempena pelancaran itu sebanyak 300 bakul makanan selesai diagihkan membabitkan lima kampung dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Hulu Besut.


Idris (kanan) ketika berkunjung ke rumah seorang penduduk untuk menyerahkan bakul makanan di Kampung Keruak, Hulu Besut 


Idris yang juga Pengerusi FELDA bergerak dari rumah ke rumah untuk mengagihkan bekalan barangan berkenaan kepada penduduk terbabit. Turut hadir Ketua Urusetia DUN Hulu Besut, Hasmadi Hassan.

Idris berkata, pihaknya menyediakan 6,000 bakul makanan yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada orang ramai seluruh daerah Besut.


Idris menyerahkan bakul makanan kepada seorang warga emas


Pengagihan dibuat melalui pemimpin dan ketua semua parti komponen yang ada di daerah itu termasuk UMNO, PAS dan BERSATU serta Badan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya sudah kerap kali mengadakan program agihan kepada penduduk daerah itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Februari 2020. 

“Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih  kepada Kerajaan Pusat kerana menyalurkan peruntukan khas RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen untuk menyediakan bakul makanan kepada rakyat di seluruh negara,” katanya. - KitaReporters


Idris ketika berkunjung ke sebuah rumah ibu tunggal di Kampung Keruak,Hulu Besut

7
2
2
2
0
You will be interested