MENJADI perkara biasa jika ada dalam kalangan kita membela kucing atau anjing di rumah kerana sifatnya yang manja dan pelindung. Tapi bagaimana pula jika yang menjadikan singa sebagai binatang peliharaan pasti sangat luar biasa. Pelik kan? Tak takut kena terkam ke? Sekali diterkam tak cukup tanah nak lari kan? : KitaReporters
BERMANJA dengan seekor daripada singa peliharaan yang ditempatkan taman khas. - Kredit foto: Reuters.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan:
https://kitareporters.com/search?search=haiwan
Tapi itu yang berlaku di Iraq apabila seorang lelaki berani dan sanggup tinggal serumah dengan beberapa ekor singa sejak 10 tahun lalu. Malah sehingga kini dia telah memiliki 62 ekor kesemuanya.
Wow!! Banyak binatang peliharaannya.
Tapi jangan tersalah sangka pula, lelaki itu hanya menjaga singa berkenaan dalam tempoh tertentu sahaja sebelum dipindahkan ke taman khas.
HANYA menjaga di rumah sehingga usianya tiga tahun sebelum memindahkan ke taman khas supaya lebih selesa dan bebas.
Memetik portal aawasat.com, Ghali al-Marajlah telah
mendiami bersama singa jenis Afrika di kediamannya di Bandar Basra, Iraq.
Kongsinya, membela binatang yang cenderung menyerang
mangsa itu mempunyai kaedah tertentu.
“Saya hanya membela singa-singa itu sehingga usianya tiga tahun sahaja dan selepas itu dipindahkan ke tempat lain yang dikhaskan untuk bebas membesar,” ujarnya.
Kredit foto: siouxcityjournal.com
Akuinya membela singa juga sama seperti membela binatang-binatang lain seperti kucing ataupun burung.
Dia juga pernah menjual singa peliharaan kepada zoo
dan juga kepada individu yang mempunyai minat sama dengan dirinya.
Setiap ekor singga itu yang dijual boleh mencecah
harga AS$6,000 (RM24,300) hingga AS$10,000 (RM40,530) seekor.
Nampaknya, kalau berani boleh jadi kaya dengan jual singa nih! - KitaReporters