Gaya Hidup 17 Apr, 2021

Berita Terkini| Kebun sawit jadi markas seleweng gas LPG di Pulau Pinang! Pekerja lari diserbu

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa tong gas LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit, di Bukit Minyak, Seberang Perai, Pulau Pinang. - Kredit foto: Sinar Harian.


SEBANYAK 138 tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas dalam serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang di sebuah kebun kelapa sawit pada Jumaat, 16 April 2021.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pihaknya dalam serbuan berkenaan telah merampas peralatan yang digunakan untuk memindahkan gas tersebut.

“Hasil risikan dan aduan orang awam, 11 pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang menyerbu sebuah lot tanpa nombor dalam kawasan kebun kelapa sawit di kawasan Bukit Minyak, Seberang Perai.

"Ketika serbuan, beberapa pekerja yang disyaki sedang menjalankan penyelewengan berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak penguat kuasa,” katanya di Pulau Pinang dalam satu kenyataan media, pada Jumaat 16 April 2021.

Mohd Ridzuan menambah, siasatan di lot tersebut mendapati kumpulan tersebut melakukan aktiviti penyelewengan gas LPG di dalam kawasan tertutup di kebun kelapa sawit tersebut.

“Siasatan juga mendapati modus operandi yang digunakan kumpulan tersebut adalah dengan memindahkan gas LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong gas industri 50kg.

"Kita berjaya merampas 30 tong LPG 50kg, 108 tong LPG 14kg dan peralatan yang digunakan untuk memindahkan gas tersebut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM22,500,” katanya.

Pihaknya memandang serius pelanggaran kelulusan lesen dan permit barangan kawalan yang dikeluarkan oleh KPDNHEP oleh pemilik perniagaan yang akan merugikan kerajaan dan rakyat.

Katanya kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu katanya syarikat pula ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM2 juta, jika sabit kesalahan.

“Setiap peniaga yang menjual atau menggunakan barang kawalan berjadual perlu memastikan mempunyai lesen atau permit kebenaran yang dikeluarkan oleh KPDNHEP selain  perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas daripada pihak kementerian," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Liga Super 2022: Sri Pahang teruskan momentum kemenangan! Penang kekal di kedudukan tercorot!

Sri Pahang FC teruskan rentak kemenangan apabila tundukkan Penang FC 3-2 dalam saingan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, Georgetown. Penang kekal tercorot

ACL 2022: Kemaraan JDT tersekat! Tewas 0-5 pada pusingan kedua! Urawa Red Diamonds terlalu hebat!

Bekas juara sebanyak dua kali Urawa Red Diamonds dari Jepun terus mara ke suku akhir selepas catat kemenangan mudah ke atas JDT 5-0 pada pusingan kedua ACL 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Konsert tengah malam Havoc kembali! Kini lebih havoc! Sapu 3 negeri menjelang akhir tahun!

Havoc Event & Management anjur Havoc Midnight Concert & Food Festival. Mula di Shah Alam (3-4 Sept), kemudian ke Melaka (4-6 Nov), Johor Bahru (30-31 Dis 2022)
Fariza Saidin in Gaya Hidup 10 hours ago

Jadi perantara Keluarga Malaysia! Terima kasih PERKEBA! Prihatin kesulitan penduduk daerah Baling!

Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (PERKEBA) ditubuhkan bagi bantu dan prihatin dengan apa sahaja masalah babitkan penduduk di daerah Baling - Jhangir Khan
Normala Hamzah in Gaya Hidup 13 hours ago

Man Jadda Wa Jada! Mohon batalkan bantuan zakat! Pendapatan jangka stabil! Kirim surat kepada LZS!

Seorang penerima zakat kirim sepucuk surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) minta bantuan asnaf kepadanya dihentikan selepas kewangannya akan kembali stabil
Fitri Hazim in Gaya Hidup 15 hours ago