Seni & Sukan 12 Jun, 2020

Bergaduh!! Remaja perempuan cedera dibelasah 4 remaja lain!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

AKIBAT selisih faham dan pertengkaran mulut, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada seluruh badan selepas dibelasah dalam pergaduhan di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, dekat Jertih, Terengganu. : KitaReporters

Gambar pergaduhan antara sesama perempuan tular media sosial dan mendapat perhatian netizen



Kejadian berlaku kira-kira 6 petang pada Rabu, 10 Jun 2020 ketika mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sedang melepak di lokasi berkenaan bersama seorang rakan perempuan.  

Dia tiba-tiba didatangi lapan wanita dengan empat daripadanya dikenali mangsa dengan menaiki empat motosikal dan terus membelasah remaja berkenaan.

Mangsamendakwa empat suspek yang dikenalinya itu terus bertindak menumbuk danmenendang pada seluruh anggota badannya, yang mengakibatkan dia mengalamikecederaan calar pada muka serta sakit pada bahagian perut dan dada.

Remaja perempuan 18 tahun cedera dibelasah empat perempuan yang dikenalinya


Rakaman mengenai kejadian itu kemudian menjadi tular selepas dipercayai dirakam oleh salah seorang suspek yang memuat naik video berkenaan dalam laman sosial.

Berikutan itu, ramai netizen mengutuk perbuatan itu sambilmenyifatkan ia di luar batasan dan nilai-nilai sebagai perempuan kerana bersikapseolah-olah peninju lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa hanya melaporkankejadian itu pada malam hari Rabu 10 Jun 2020 selepasmenyedari rakaman video kejadian berdurasi 45 saat itu tular dalam laman sosial.

Katanya, mangsa juga mendakwa rakamanvideo kejadian yang menjadi tular dalam laman sosial itu dirakam menggunakan telefonbimbit oleh salah seorang suspek yang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad 


"Mangsa mendakwa rakamanvideo kejadian yang menjadi tular dalam laman sosial itu dirakam menggunakantelefon bimbit oleh salah seorang suspek dikenalinya. 

“Susulan itu laporan dibuat oleh mangsa di Balai Polis PasirAkar, Hulu Besut.

"Akibatnya, lima daripada lapan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10malam  dan usaha memburu tiga lagi suspeksedang giat dijalankan," katanya.

Abd Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 KanunKeseksaan kerana merusuh. 

Semua suspek kini ditahan direman sehingga 14 Jun 2020. - KitaReporters

9
5
12
15
12
You will be interested