SEKALIPUN ditawarkan kediaman lebih baik dan selesa daripada yang ada sekarang, namun pasangan warga emas yang menduduki tanah milik individu lain sejak puluhan tahun lalu masih tidak mahu berpindah kerana beranggapan jika bertukar ke tempat lain belum tentu keselesaan hidup dikecapi sekarang akan kekal. : KitaReporters
Bagi pasangan usia emas Mohd Lazim Ismail dan isterinya Fatimah Mat Rani, mereka lebih selesa tinggal di rumah sedia ada yang sudah 45 tahun mereka huni kerana memberi keselesaan kepada mereka untuk memelihara haiwan ternakan dan bercucuk tanam. - Kredit foto: LZS MAIS.
Pasangan ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap merasa selesa tinggal di situ kerana boleh membuat kerja-kerja kampung antaranya memelihara ayam dan bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman.
Hasil yang diperolehi dijual kepada jiran-jiran berhampiran dan ia menjadi punca pendapatan bagi menampung kehidupan harian.
Bagi Mohd Lazim Ismail 74, dan isterinya Fatimah Mat Rani, 64, tinggal di sebuah rumah dalam kawasan Ladang Sungai Remok, Jalan Genting di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor menganggap 'selesa' kerana masih boleh bercucuk tanam dan memelihara binatang peliharan sekali pun ada yang beranggapan rumah yang didiami agak usang.
Kedua-dua mereka
mendiami rumah tersebut sejak 45 tahun yang lalu tetap mahu duduk di situ kerana
bimbang jika pindah ke tempat lain belum tentu kehidupan yang selesa dinikmati
sekarang dengan membuat kerja-kerja kampung dapat lagi dijalankan.
Perkara ini
didedahkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
dalam media sosial lembaga berkenaan pada Sabtu, 6 Jun 2020 lalu mengenai
pasangan warga emas yang menghuni sebuah rumah dikatakan usang di Hulu Selangor yang menolak dengan baik tawaran oleh LZS untuk pindah ke satu penempatan baru yang lebih
baik dan selesa.
Warga usia emas. Mohd Lazim Ismail sekarang berusia 74 tahun masih kelihatan sihat.
Mohd Lazim Ismail dan isteri merupakan golongan asnaf yang diberi bantuan oleh LZS MAIS sejak tahun 2016 dengan menerima antaranya bantuan kewangan bulanan, pakej makanan bulanan dan bantuan hari raya.
Juga mereka hanya menumpang di rumah berkenaan yang didirikan di atas tanah kepunyaan milik individu lain.
Sudah
beberapa kali LZS MAIS menawarkan untuk berpindah ke rumah yang lebih baik buat
kedua-dua mereka, tetapi masih belum mahu menerima pelawaan berkenaan.
Pihak LZS
MAIS sentiasa memantau dan menjaga kebajikan kedua-dua pasangan warga emas ini dari semasa ke semasa, sama ada pada peringkat negeri mahu pun kawasan melalui kerjasama Penolong
Amil Qariah.
Bagi Fatimah Mat Rani wanita berusia emas lebih selesa tinggal dikediaman sediada kerana mudah untuk melakukan kerja-kerja kampung.
Sementara itu, LZS MAIS dalam kunjungan ziarah ke sebuah rumah di Pandamaran, Pelabuhan Kelang mendapati seorang kanak-kanak Kayyum Rosli,10, merupakan penghidap leukemia.
Selain itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Rosli tinggal menyewa bersama ibu
kandungnya, tiga orang anak dan dua orang adik ipar sejak beliau kematian isteri
akibat kanser tahun lepas.
Malahan keadaan Rosli juga tidak begitu mengizinkan disebabkan dia menghidap penyakit tibi.
Dengan keadaan kurang sihat, dia juga tidak bekerja kerana terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya menguruskan Kayyum yang merupakan anak sulung beliau.
Adik Kayyum Rosli,10, penghidap leukemia bersama ayahnya Rosli yang menghidap penyakit tibi di rumah sewa mereka di Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor (gambar kiri). Gambar kanan salah seorang pegawai LZS MAIS yang membuat kaji siasat terhadap keluarga Rosli dan anak-anaknya. - Kredit foto: Mohd Amir Azam, LZS MAIS Cawangan Klang.
Perkara ini terbongkar hasil kaji siasat berikutan maklumat Sahabat Zakat Selangor.
Menurut LZS
MAIS, hasil kaji siasat pada program ziarah berkenaan Rosli layak didaftarkan
sebagai asnaf fakir di bawah kelolaan lembaga berkenaan dengan bantuan
disalurkan kepada beliau dalam bentuk bantuan perubatan untuk Rosli dan anaknya
Kayyum, di samping bantuan kewangan bulanan dan bantuan sewa rumah.
Pihak LZS MAIS mendoakan Rosli dan ahli keluarga tabah menghadapi ujian dan berharap beliau cepat sembuh supaya kehidupan yang suram sekarang dapat bersinar semula seperti sedia kala.
Burhanuddin Asy'ari (empat daripada kanan) menerima barangan kelengkapan asas dari LZS MAIS. - Kredit foto: Mohd Amir Azam LZS MAIS Cawngan Klang.
Dalam pada itu, seorang penduduk di Kampung Delek, Klang, Burhanuddin Asy'ari ditimpa musibah baru-baru ini di mana sebahagian rumah kediamannya musnah dalam satu kebakaran.
Punca kebakaran rumah beliau di tingkat 4 daripada pangsapuri 9 tingkat rumah yang terletak di Seri Perantau, Kampung Delek masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBP).
Pihak LZS
MAIS melahirkan rasa simpati dan sedih atas musibah yang terjadi dan
menghulurkan bantuan kecemasan RM500 sebagai meringankan beban beliau semasa
kunjungan ziarah para pegawai lembaga berkenaan
Pihak LZS akan menyalurkan baki bantuan kepada beliau selepas dokumen lengkap diperolehi dalam masa terdekat.
Semoga beliau sekeluarga diberikan kesabaran dan dimudahkan segala urusan dengan tragedi yang menimpa. - KitaReporters