Seni & Sukan 20 Apr, 2020

JOM TIKTOK DENGAN TOK TI DAN FATTAH AMIN

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Bagi generasi Z sekarang ini, aplikasi ‘TikTok’ sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek. Terbaharu, ‘TikTok’ akan berkolaborasi dengan dua selebriti ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta pelakon Fattah Amin bagi memberi peluang rakyat Malaysia berinteraksi dengan mereka secara ‘live’ selama satu jam. - KitaReporters

Kredit foto: IG @fattahaminz.


Melalui program yang dinamakan 'TikTok #StayAtHome Live! Istimewa', kedua-dua artis popular itu akan berada dalam alam maya pada 21 dan 22 April 2020 ini bagi berinteraksi secara langsung bersama peminat mereka.

Semua sudah maklum, Fattah Amin, 29, bakal menjadi bapa waima isteri tercintanya, Nur Fazura sedang hamil empat bulan, jadi pastinya beliau mempunyai cerita menarik untuk dikongsikan. 

Berikutan  itu juga sudah tentu banyak persoalan yang boleh diajukan kepadanya.

Siaran eksklusif ini akan menyaksikan Siti Nurhaliza, 41,  yang lebih mesra disapa Tok Ti bersama Fattah memulakan siaran langsung mereka dengan sesi ‘bertemu dan menyapa ‘ bersama peminat setia masing-masing.

Bual bicara itu akan diteruskan dengan persembahan eksklusif single terbaharu Tok Ti mahu pun Fattah iaitu “7 Nasihat’ dan ‘Bebas’.

Kenapa agaknya judul single masing-masing diberi tajuk sedemikian? Apa nasihat Tok Ti dan apa maksud ‘Bebas’ luahan Fattah?

Penulis percaya ini antara soalan popular yang bakal diajukan peminat masing-masing  ketika sesi Soal Jawab ke udara nanti?

Selain itu ada juga segmen ‘Cabaran TikTok’ yang bakal menguji para penonton melalui alam maya ini. 


Untuk info, Fattah Amin akan bersiaran pada 21 April 2020 bermula jam 9 malam hingga 10 malam manakala Tok Ti pula akan tampil pada 22 April 2020 mulai jam 9.30 malam hingga 10.30 malam.

Bagi  panduan korang yang mahu menyertai siaran 'TikTok #StayAtHome Live! Istimewa’ agar mudah dan lancar berinteraksi, tentu nak tahu serba ringkas mengenai kedua-dua lagu terbaharu dari Siti dan Fattah ini ya tak?

Lagu ‘7 Nasihat’ adalah usaha kedua Siti dalam single tema hip-hop, dengan yang pertama bersama Too Phat pada tahun 2005.

Kali ini, Siti memilih untuk berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta, yang merupakan rapper, komposer, dan produser. 

Lagu tersebut cukup istimewa di hati Siti memandangkan ia adalah gabungan puisi kontemporari yang diselitkan dengan hip-hop, dan unsur muzik Melayu yang lebih tradisional. 



Manakala bagi Fattah Amin. single terbaharunya, ‘Bebas’  yang dirilis pada awal 2020 merupakan lagu yang bertujuan  memberi inspirasi kepada orang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Sehingga kini, ‘Bebas’ adalah single keempat bagi penyanyi, pelakon dan Juara ‘Hero Remaja’ 2011/2012 ini, yang mula dikenali melalui watak utama drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ bersama pelakon Nur Risteena. 

Fattah Amin juga khabarnya, sedang merancang untuk menghasilkan album penuh dalam masa terdekat.

Rasanya mesti banyak soalan yang sudah berada di dalam kotak fikiran korang untuk bertanya dua selebriti yang berbeza usia ini. 

‘TikTok #StayAtHome Live! Istimewa’ adalah tawaran produk terbaru TikTok yang mengumpulkan pelbagai selebriti serantau dan tempatan di pelbagai genre setiap minggu.

Pengguna TikTok dapat berinteraksi dengan barisan selebriti secara langsung, dengan tema yang menarik minat mereka termasuk muzik, memasak dan menari. 

Untuk rekod, sejak dilancarkan pada 3 April 2020, sejumlah selebriti termasuk penyanyi dan pelakon tempatan, Alvin Chong dan pemenang MasterChef Selebriti 2012, Datuk Fazley Yaakob telah memikat hati rakyat Malaysia di seluruh negara dengan lagu-lagu merdu dan masakan mereka masing-masing.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun TikTok melalui iOS atau Google Play dan ikuti ‘TikTok #StayAtHome Live! Istimewa’ bersama Tok Ti dan Fattah Amin.

Nak tahu juga adakah Fattah mengalami alahan atau mengidam apabila isteri tercinta mengandung waima khabarnya Fazura tidak mengalami tanda-tanda ‘mabuk’ apa apa sekali pun sehingga kehamilannya dah berusia 4 bulan.

Mungkin Fattah pula yang mengalaminya ya tak? Tentu Fattah 'excited' kan, ya lah dah dua tahun menunggu cahaya mata kut! - KitaReporters

Fattah memuat naik gambar memegang erat perut isterinya, Nur Fazura yang diumumkan hamil 4 bulan. Kredit: IG @fattahaminz.

6
2
0
0
0
You will be interested