Seni & Sukan 17 Sep, 2020

Terima kasih KKM! Gigih selamatkan nyawa rakyat Malaysia!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

SEJAK Perdana Menteri keempat umumkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 dahulu, seluruh rakyat negara ini ternanti-nanti apakah yang akan terjadi di tahun 2020. Pada tanggal 1 Januari 2020, bagaimanakah keadaan diri, keluarga, komuniti dan negara ini? Semuanya tak sabar nak lihat sendiri suasananya. Ada yang meminta doa kepada Allah supaya dipanjangkan umur mereka, sebabnya nak tengok ‘wajah’ Malaysia pada tahun berkenaan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan KKM:

https://kitareporters.com/search?search=Kementerian+Kesihatan


Namun tiada siapa sangka tahun 2020 yang kita tunggu selama 29 tahun jadi begini. 

Satu Malaysia terpaksa menjadi ‘frontliners’ untuk melawan wabak Covid-19 yang tak diundang datang. Satu Malaysia terima beban teruk politik tak stabil. Satu Malaysia menjadi ‘serabut’ kerana seramai 778,800 orang telah menganggur sejak April 2020 (peningkatan 5.0 peratus) yakni yang tertinggi di negara ini sejak tahun 1989. 

Bermacam lagi isu lain yang membuatkan rakyat makin sengsara. 

Sumber - Jabatan Perangkaan Malaysia


Tiada sebarang perayaan besar-besaran untuk menyambut Wawasan 2020 yang kita sedang rasai sekarang ini. 

Sebabnya bukan hanya kerana Covid-19, tetapi juga kerana keadaan ekonomi yang makin tenat, serta taraf hidup rakyat yang kembali menjunam turun. Ini termasuklah isu-isu melibatkan perpaduan dan pembangunan yang tak seimbang antara Malaysia Barat dan Kepulauan Borneo.

Tidak boleh nafikan, sejak merdeka lagi, Kerajaan Persekutuan meletakkan jumlah peruntukan yang amat besar kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak. Tujuannya untuk seimbangkan pembangunan yang rancak di Semenanjung. 

Namun, tiada siapa yang mampu selarikan indeks perpaduan dan pembangunan ini. Sejauh mana pula pembangunan itu boleh beri kesan atau dapat dirasai oleh rakyat di bawah, terutama mereka yang berada di pedalaman?

Mereka ‘frontliners’ rakyat Malaysia sejak dahulu


Bagi penulis, antara pihak yang paling tepat untuk menangani isu perpaduan dan pembangunan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Setiap tahun dalam bajet negara, tidak pernah lagi KKM terima jumlah peruntukan yang sedikit. Contohnya, Bajet 2017, Kerajaan beri peruntukan kepada KKM sebanyak RM25 bilion. Pada Bajet 2018 pula, KKM terima RM26.5 bilion, bajet 2019, KKM terima peruntukan sebanyak RM28.7 bilion dan bajet 2020 yang lalu, KKM terima RM30.6 bilion. Tak kira Kerajaan Barisan Nasional (BN), mahupun PH, masing-masing beri bajet paling tinggi untuk kementerian kanan tersebut.

Bayangkan, mana ada kawasan berpenduduk dalam negara kita ini yang tiada keperluan kesihatan. Paling tidak sebuah klinik kesihatan kecil atau klinik kesihatan bergerak untuk mereka yang berada di pedalaman. 

Yang pasti di mana pun kita hidup dalam negara ini, pasti kita akan mudah terserempak dengan logo bulan sabit – tanda di situ wujudnya perkhidmatan KKM untuk rakyat.

Di premis-premis kesihatan ini juga, jarang sangat untuk rakyat bertegang leher ‘berperang’ isu-isu politik atau perpecahan kaum. Siapa saja yang datang ke premis KKM, pasti mahu bertemu kakitangan KKM untuk tujuan kesihatan. 

Jadi, tiada sebarang bait-bait perpecahan di premis KKM. Rakyat datang dari pelbagai latar belakang, kaum, ideologi politik semata-mata nak bertemu pegawai perubatan atau jururawat. Tak pernah pula dengar rakyat datang ke premis KKM untuk berceramah politik atau mahu buat demonstrasi menuntut hak sesebuah kaum.


Rakyat boleh dicabar untuk mengemukakan bukti manakah kerajaan yang cukup prihatin terhadap kesihatan rakyatnya berbanding Malaysia? 

Sudahlah KKM mengenakan caj perkhidmatan kesihatan pada tahap paling minimum, tidak cukup dengan itu diberi pula pelbagai bantuan kepada yang masih belum mampu. Padahal caj RM1 untuk rawatan luar sebagai contoh sudah cukup rendah. Boleh dikatakan ia adalah caj kesihatan paling rendah di dunia. 

Namun, dalam pada itu KKM juga sudah lama sediakan inisiatif bantuan seperti Tabung Bantuan Perubatan (TBP), PEKA B40, MySalam, Bantuan Subsidi Hemodialisis dan bermacam lagi. Inilah bukti KKM sedang berkhidmat untuk semua – healthcare for all. Bayangkan jika KKM ‘memilih bulu’ dalam memberi pertolongan, khidmat dan bantuan, sudah tentu hidup rakyat kita makin bertambah sengsara. 

Terima kasih buat KKM kerana mengaplikasikan prinsip healthcare for all pada setiap masa. Inilah wajah sebenar perkhidmatan yang mampu memupuk perpaduan sesama kita.


Sebab itulah bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September, serta sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia pada 17 September 2020, kita kena renung kembali pengorbanan dan perkhidmatan yang telah KKM berikan kepada kita selama ini. 

Tak boleh nafikan, selain menguruskan kesihatan rakyat, KKM juga adalah kementerian yang mendorong ke arah penyelesaian dua permasalahan utama rakyat, iaitu pembangunan dan perpaduan. Cuma, masih tak cukup untuk KKM berhenti bekerja atau menarik ‘handbrake’ setakat ini.

Warga KKM dari menterinya Datuk Sri Dr Adham Baba hinggalah ke jururawat di klinik-klinik kesihatan perlu terus istiqomah dengan kerja keras yang telah dan sedang dilakukan sekarang. KKM sebuah kementerian yang sentiasa risaukan isi hati kita selaku rakyat terutama dalam soal kesihatan. 

Sebagai rakyat kita tak perlu takut, sudah pasti KKM akan mengutamakan rakyat walau dalam situasi politik tak menentu, perpaduan tak stabil atau pembangunan infrastruktur tak seimbang. Sebabnya, nyawa rakyat adalah perkara yang lebih utama berbanding masalah-masalah yang timbul dalam negara ini. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested